iklan.. rajin-rajin lah klik kat sini ya

Monday, February 3, 2014

PadddDDattttTT

Hahah... Kan dah kantoi... padanlah dengan muka... pandai2 la ko nak reka alasan nanti... padan muka-padan muka-padan muka.... Buat malu diri sendir je... bodoohhhhhhhhh.... bodoh!!

Wednesday, January 29, 2014

cinta (konon-konon) yg tiba-tiba tak jadi...

Akhirnya kisah 'cinta' tu berakhir dengan mudah... dengan simple...

bukan disebabkan oleh putera kacak hensem berbulu dari Arab tersebut...

bukan jugak disebabkan jantan badan keras tegap berotot-otot merata-rata bahu dada betis lengan peha dan perut dari Lombok tersebut...

Hanya disebabkan oleh - Doa yang dimakulkan Allah...

hmmmm... senangnya...

Sunday, July 1, 2012

Hikayat semangkuk madu pahit bahagian 2

DAN akhirnya, pada petang tersebut si bongok itu telah berjaya mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada 'dia' tersebut...

Hari ni si bongok rasa macam dah tak bongok lagi dah... dia dah tak fikirkan sangat pasal 'dia'.. baguskan??...

Pada petang waktu petang sebelum betul-betul masuk waktu petang itu, si bongok ada bukak fesbuk pastu ternampak ada orang post gambar kawen 'dia' dgn pompuan tu. Si bongok sentap... sentap bukan sikit-sikit tau... rasa macam tersirap darah... ohhhh... 'ko dah kawen rupanya ya'...

tapi si bongok agak wonder!!!... ah!, pompuan pilihan dia tu yang pada jangkaan si bongok adalah seorang yang -comel- kecik- molek- putih-melepak rupanya meleset sama sekali jangkaan itu... pompuan tu bolehlah masuk dalam kategori "Boleyyyy laaaa"...
mula-mula sekali si bongok tengok, rupa dia ada iras-iras macam si Baby... mak-hamdam-ponen-yang-badan-cabi-kening-kecik-tu... hahah... gitulah iras-iras dia. cuma badam pompuan tu lagi eloklah dari si Baby mak-hamdam-ponen-yang-badan-cabi-kening-kecik-tu.

gitulah... tapi apakan daya si bongok... sebab pompuan yang ada iras-iras macam si Baby mak-hamdam-ponen-yang-badan-cabi-kening-kecik-tu tetaplah seorang pompuan... yang punya pepet keperluan seorang lelaki macam 'dia' tu...

Ok!
baiklah!
si bongok pada mulanya memang sentap dan agak panas rasa badan, tiba-tiba boleh berfikiran positif bermuhasabah diri... fikirkan hikmah... sebab akibat... kesan pahala dosa.. syurga neraka... dan paling utama boleh ingatkan Allah.... wahhhhhhhh!!!! tetiba si bongok bertindak macam orang yang tak bongok lagi dah...
Ya! si bongok dah puas jadi bongok..
dah lama si bongok hidup membongokkan diri... lamaa...

so! si bongok dah nampak hikmah perkahwinan 'dia' itu sebagai peluang untuk si bongok menjadi seorang yang tak bongok lagi...

Si bongok terfikir, kalau 'dia' tak kawen jugak lagi. peluang untuk si bongok buat dosa dan maksiat dengan 'dia' akan terus terbuka dan terbuka terbuka terbuka lebih luas dan luas dan luas dan luas lagi....... ..... .... hahah... si bongok selalu nasihatkan kawan dia supaya jangan berbuat dosa jenis itu, takut nanti kat akhirat Allah balas dalam neraka, nanti kena cucuk dengan besi tajam panas panjang merah membara ikut lubang vontot terus keluar ikut mulut....

si bongok ngeri...

meremang bulu roma...

si bongok tahu... kalau ada peluang dgn 'dia' si bongok tak akan sempat nak fikirkan pasal besi-tajam-panas-panjang-merah-membara tersebut.

At least dgn kawennya 'dia' dengan pompuan yang ada iras macam si baby mak-hamdam-ponen-yang-badan-cabi-kening-kecik-tu, peluang utk si bongok buat maksiat dengan dia akan tertutup terus.. ya.. mudah-mudahan begitu... maka si bongok pun akan selamat dari mejalani hukuman kena cucuk dengan besi tajam panas panjang merah membara ikut lubang vontot terus keluar ikut mulut..

Ya! si bongok berfikiran positif sekarang... si bongok fikirkan Allah masih sayang dekat dia dan tak nak si bongok buat maksiat sampai kena hukum kena cucuk dengan besi tajam panas panjang merah membara ikut lubang vontot terus keluar ikut mulut kat akhirat nanti...

Syukur Alhamdulillah... ohh!!

You know what...

Tindakan si bongok berkesan... dengan berfikir begitu, tiba-tiba hati sentap si bongok dah jadi makin sejuk... tak sentap lagi... si bongok dah macam tak rasa apa-apa lagi dah sampai dia boleh telepon semula dekat 'dia' di petang hari perkahwinannya utk ucap selamat pengantin baru dan tahniah...

Ah!!! si bongok rasa lega sekarang ** sambil angkat tangan tingi-tinggi***


nanpak gayanya, si bongok tak jadi nak pindah canada....

Friday, June 29, 2012

Hikayat Semangkuk Madu yang Pahit....

Ntahlah...

Yang paling susah dan menyakitkan ialah bila kita tahu orang yang kita suka dah bertunang dan nak kawen, tapi kita kena berlakon macam tak ada apa-apa yang berlaku... kat depan dia kita bersembang huha huha, mcm tak ada apa-apa, sedangkan kat hati kita meraung-raung macam nak gila.... hmmm... agaknyalah... ke ada hal lain yg lagi susah....

kata dia 2 hari sebelum nikah dia, dia nak balik dulu... nak jumpa kawan-kawan.. nak sebar-sebar kad watsoever semualah.

dan sibongok ni pun dok tunggu jugaklah konon-kononnya dia akan muncul... ko jgn berangan dia nak buat suprise ke hape ke. tapi... ntah... walaupun dah tahu dia dah nak kawen, tapi sibongok tetap jugak menaruh perasaan... dan harapan.... walaupun sibongok tahu semua tak akan kesampaian, tapi sibongok tetap bongok... bongok....

sekarang dua hari sebelum nikahnya dah berlalu... dan si bongok yang menunggu pun rasa kecewa sebab dia tak balik pun seperti yang dikatakannya sebelum ini. dan si bongok pun pasrah... perlahan-lahanlah sibongok kena belajar terima hakikat, selepas malam ini, dia akan semakin jauh dengan si bongok. dan si bongok tak akan ada lagi ruang-ruang dan peluang-peluang macam dulu-dulu... walaupun tak dapat rapat-rapat, at least dialah tukang gunting rambut sibongok.

malam ni...
ya! malam ni, dia akan tamtkan zaman bujangnya... malam ni... dah tak lama... dah suntuk sangat masanya untuk waktu berpisah tersebut...
Adakah sibongok kecewa????

Ntah!!!... errrrrrr...

Ya!!... si bongok kecewa... walaupun tak ketara sangat rasa kecewanya, tapi dari dasar hati... yg terdalam kot.. si bongok memang kecewa.

Dari awal lagi sibongok rasa agak kecewa... bila dah tahu dia dah bertunang hari tu pun, si bongok dah rasa kecewa... bila dia tanya kepada sibongok tentang tempahan pelamin - si bongok sentap... bila dia ceritakan pasal kenduri kat rumah dia nanti guna tema kaler unggu - si bongok sentap lagi - padahal sibongok sendiri yang bongok pergi tanya buat apa?... bila orang bagi jawapan, si bongok rasa sentap... lepas tu, bila dia ceritakan pasal dia pusing satu johor nak cari kasut buat hantaran - si bongok  sentap lagi... lepas tu... lepas tu... arghhhhhhhh...

Kadang-kadang, si bongok selalu berfikiran jahat. Si bongok rasa nak doakan biar majlis malam ni tak jadi... biar perempuan tu main dgn jantan lain dulu, lepas tu bila dia tahu pompuan tu sebenarnya adalah sebijik kelapa yang dah berlubang, mesti dia tak jadi nak kawen dgn pompuan tu... kadang-kadang tu si bongok fikirkan biar si pompuan tu mati kena langgar... tentu dia akan kecewa dan berbaik semula dengan si bongok...

kadang-kadang tu, sibongok rasa macam nak esah kan si pompuan tu biar perut dia kembung macam kerbau bunting sarat nak beranak... uh!!!

Banyak yg si bongok fikirkan.
si bongok tak boleh nak bayangkan macam mana di malam-malam esok, dia akan tidor dengan pompuan lain... dan bagi batang dia dekat pompuan lain...

Sekarang, si bongok dok sorang-sorang sambil dengar lagu hijjaz...
si bongok kena sedar diri... kalau pun dia tu tak kawen, dia tetap jugak tak akan jadi milik si bongok... sampai bila-bila pun... sebab memang dah begitu hukumnya... begitu lumrahnya....
jadi si bongok kena belajar terima keadaan diri... walaupun si bongok tak suka untuk lepaskan dia dari kepala hotak sibongok, dia tetap si bongok kena lupakan... cukup-cukuplah dok fikir pasal dia... cukup2lah tu si bongok... cukup-cukuplah...

errrr... dah pukul 2.12 petang nih si bongok oiiii... apa kata hang pegi semayang zohor dulu... kot2 dapat tenangkan hati guna hang tu...




hmmmmmm... sekarang si bongok terfikir nak bawak hatinya yang sentap lari ke Canada.... oh!!!                                                                                                                                                                                         

Tuesday, April 12, 2011

Apa lagu tema hidup anda

Sebenarnya saya tak de apa pun nak cerita...

Tapi tadi kat FaceBook ada sorang ponen tu tegur tanya bila kak Bada nak update belok... sibuk je kan ponen tu... saya suruh dia buat belok seniri tak nak pulak dia buat. **kenapakah aku merasakan begitu mulia guna ganti nama aku jadi 'Saya'**..

ok! tak apa...

Oleh kerana takde apa pun nak bagitau, saya akan kisahkan pasal benda nih...

Baiklah...

Saya ada satu lagu yang saya sangat teramat paling terlalu suka gila bapak. Lagu yang saya minat dari muda.

Saya pun tak pasti sejak bila saya mula meminati lagu ini walaupun saya tahu awak (wahhh!! awak tau) semua akan katakan saya ni ntah hape2 tak reti pilih lagu yang sesuai utk jadi lagu kegemaran. tapi, ada saya kesah (mcm tak best langsung guna statment 'ada saya kesah')...

Biar saya terangkan.
Lagu itulah yang bila saya sedih contohnya sebab tak dapat strike bila main bowling, saya akan jadi gembira sebab dengar lagu itu.
Lagu itulah yang bila saya dengar walau dalam keadaan apa sekalipun, walaupun lagu tersebut tidaklah serancak mana boleh membuatkan saya menari ditambah dengan loncatan seperti bermain teng-teng atau orang tempat saya kata main dekcok yang lompat-lompat dalam petak guna sebelah kaki tu dan beberapa head bangs.

Lagu itulah yang membuatkan saya minum Vanilla coke sahaja dan tidak pernah sentuh minuman keras.
**mcm takde kene mengena pulak**

Lagu itulah yang akan mengelakkan saya menuju ke kelab malam (haha kelab malam, kalau dalam bahasa Inggeris, night clubs, macam cool gila) hanya untuk berparti. walaupun lagu inilah jugak yang membuatkan saya kerap ke j14 kedai karuke kak rose.

Lagu inilah yang menghiburkan hati saya ketika dilanda muram durja.. **tapi lagu ini sebenarnya menambah kesedihan masa-masa saya merajuk berjauh hati apa kebenda ntah**

Lagu itulah yang kalau dimainkan lebih dari 43 kali pun tidak mengapa. Lagu itulah yang bila waktu hujan, saya hampir nak terlayan jiwang, bila saya dengar, tak jadi layan.

Lagu inilah yang membuatkan saya boleh terbang walaupun takde sayap dengan bulu segala bagai konon-konon badan ringan macam kapas padahal berat dah masuk 60 kilo lebih dgn perut yg hambek kau dah macam pompuan bunting yang mengidam nak makan macam-macam..

Lagu itu jugalah yang kalau didengari bila bersenam (dulu-dululah. sekarang ni bila orang sebut pasal bersenam terus bukak kamus dewan cari makna - samabil keluarkan soalan macam - bersenam?? apa tu?? sejenis icecream perisa coklat kah), akan memaksa untuk teruskan walaupun sudah berpeluh dan bernafas dalam-dalam hanya untuk mendapat badan seperti Ciara dalam Like A Boy.

Lagu inilah kalau masa karoke saya akan nyanyikan dan serta merta suara saya tak tak best bertukar jadi best (iiyuewwww)... dan dengan niat untuk ditujukan kepada DIA yg betisnya besar dan sexi tu. walaupu baru ni sempat jugak pergi karuke dengan DIA, tapi sungguh malang sebab tak sempat nak memperdengarkan lagu ini untuk DIA... Nak sangat suruh DIA dengar saya nyanyi lagu ini pastu nak tengok apa reaksi DIA bila mendengarnya... Menangis terharukah!! Sebak kah!! atau terkena sawan sambil muntah-muntah hijau atau terus pitamkah... tapi takpe..

lain kali kita pegi lagi ya... oh!!

Lagu itulah, yang bila balik kampung, lalu kot tepi pantai, tengok keluar tingkap dan berangan bagaimana ia dijadikan videoklip, starring diriku (eceh korang pun selalu buat aku tahu).

Lagu itulah lagu paling best untuk didengar sebelum mandi, masa mandi, sebelum tidur okay senang, setiap masa lah!Tak ada lagu yang akan dapat tandingi lagu ini di dalam hati saya. Lagu ini mencoci semua masalah saya dalam sekelip mata.

Lagu itu ialah FLORA CINTA...

Setelah hujan pun berhentiiiii...
Flora cintaku pun bersemiiii...
menjadi pepohon... tegak merimbunn...
bayang kasihmu wooo wooooo...

Oh! ya... saya tak perlukan siti nurhaliza atau ziana zain utk hiburkan saya... **walaupun saya sebenarnya bukan minat pun dekat Min Malik**...


Apa lagu tema hidup anda? Whats the theme song of your life?

Friday, December 10, 2010

Mari belajar jadi pomem dgn kak badariahmukelisan

Sebenarnya kak bada dalam proses nak merajuk dengan budak betis besar sexi tu...

Ntah.. bukan ada kes besar mana sangat pun... alasannya cuma dia tak beli bawak balik popia yang ai nak hari tu... **ko rasa macam nak lempang tak, pasal popia je pun dah buat perangai konon nak merajuk tunjuk muka tarik muka...

Oh ya lupa nak cakap, si betis besar sexi tu ada balik semalam. konon balik nak mancing musim2 hujan nih... tapi ai peduli hape ko nak balik mancing ke, nak mengail ke nak menuba ke, atau nak bawak bot pukat tunda laut dalam ke...

Hari tu masa dekja pegi johor adalah ai nak kirim kat dia suruh beli popia johor yang omaigod hebat tu.. yang inti pakai isi otak-otak....
bukan otak ya... - otak-otak... popia otak-otak...
kalau otak tu, zombi kampung pisang je suka makan...

ai nak kirim kat dekja, tapi si betis besar sexi tu kata macam - tak yah suruh dekja, biar dia je beli nanti sebab dia tahu kat mana kedai yang jual popia hotak-hotak yang hebat, kat kempas..
kat kempas kot... kat johor ada kawasan nama kempas kan?... ai pun tak tahu. kot-kot dia propa je, ai pun propa jugaklah nih...
so kisahnya ai pun tak jadi kirim kat dekja pastu dekja pun beli untuk diri dia sendiri je, pastu masa dekja nak goreng panggil ai makan sekali kat rumah dia, ai pulak yang makan paling banyak... ah! dah dekja tu kata makanlah! makanlah! makanlah!.. ai makanlah. lagi pun, sape suruh popia tu omaigod sedap sangat...

gitulah..
dahlah ai tak jadi kirim kat dekja masa hari tu. Tup! tup! semalam dia balik tak bawak pulak dengan keluarkan dialog "Alamak!! popia... lupa nak bawak balik.. lain kali lah ya?"...

So! wajar kan ai nak merajuk... alasan yang kukuh lah tu kan..
macam pompuan tengah bunting pastu mengidam nak makan macam-macam bendalah pulak.. kesian baby ai kempunan... **sambil gosok-gosok perut bunting 2 setengah bulan**.

rasa macam nak mintak cerai je. tapi mana baik isteri-isteri mintak cerai kat shuami... tuhan tak suka... jadi tindakan yang terbaik - merajuk jelah.. ko macam over nak kena lempanglah kalau bab popia pun sampai nak mintak cerai berai... ko hingat ko lawaaaa... **sambil tunjal-tunjal jari telunjuk kat dahi belah kanan sampai tersenget-senget kepala***

tapi ntahlah. pasal popia pun nak merajuk nak berjauh hati nak bawak diri kekonon. tak tahulah. mungkin faktor usia.. maklumlah nak memasuki alam remaja nih, senstipp je jiwa ai sekarang... ohh!!... perlukan ai minum susu enlin... **motippp**

tapi walaumacamanapun kak bada tu tetaplah kotegori ponen gatai cekpik...
merajuk pun dengan diri sendiri je macam makan hati sebab dia lupakan kak bada masa dia dok kat sana... merajuklah kononnya kan.

baiklah. tak sempat merajuk pun sebenarnya, baru je rancang nak merajuk ke tak nak, nak merajuk ke tak nak, nak mintak cerai ke tak nak, nak mintak cerai ke taknak pastu tetiba je pagi tadi dia tepon macam nak ajak ai teman kan dia keluar...

ai pun serta merta "OKEYY!!"... dengan muka bercahaya, mata bercahaya terus lupa pasal popia, pasal merajuk dgn pasal nak mintak cerai... gatai cek pik ko kan.... gatai cek pikkkkkkkk...
-okey... mari kita lempang kak bada secara berjemaah sekarang-... ponen ayam tua gatai cekpik..

haaaaa...
sebut pasal siang tadi kak bada keluar merayap dengan si betis besar sexi tu, tetiba ai rasa macam terpanggil untuk ajar semua perempuan di luar sana bagaimana untuk tukar tayar. sebabnya, kat hiway tadi tayar kete dia pancit.. jadi ber'dating'lah kitorang kat tepi hiway disaksikan pengunjung-pengunjung hiway yang lalu lalang, lalu macam lalang... iyelah. pengalaman indah yang ngeri... atau pun pengalaman ngeri yang indah...

Walaupun perempuan never ever akan tukar tayar sendiri kalau ada kehadiran lelaki sekali, dan even kalau takde lelaki sekali pun, still never ever tukar sendiri sebab akan jadi mengada gedik dan terus call siapa-siapa (kebarangkalian tinggi jantina lelaki juga) untuk datang dan tolong. Tapi still, haruslah belajar menjadi independent woman. Kalau taknak belajar kerja lelaki, takyah sibuk minta hak sama rata apa jadah. pahammmm ko pompuan...

ponen-ponen pun terlibat samalah. walaupun selalu nak tunjuk sifat semula jadi yang sopan santun, ayu lemah gemalai... tapi sesekali kena tunjuk jugak sifat-sifat semulajadi dari sisi yang lain pulak. yang gagah perkasa, body sasa bersama sixpax kat perut... jangan malu-malu meningsing lengan baju menunjuk urat-urat biru hijau yang berselirat kat lengan uolss tu.. uolls pun kena belajar cabut & tukar tayar kereta jugak tau... ni kalau bab cabut & tukar seluar shuami bukan main pakar lagi nih. tak sedar masa bila bukak kancing, bukak zip.. tetiba je dah selesai.. memang handal... biasa dia nih..

Walaupun ai sendiri pun takde lesen dan tak pernah drive sendirian... okey, penah jugak bawak sendiri sampai ke rumah arwah pak sarip kat hujung simpang nuh.

tapi telah dibaling ke dalam situasi di mana tayar kereta pancit, yang mana yang melibat dalam kejadian kali ini ialah sibetis besar sexi dah diri ku ini sendiri. Sudah tentulah yang memainkan watak utama sebagai pencabut tukar tayar tu, si betis besar sexi tersebut yang dibantu oleh si backup vokal iaitu ai yang tolong sikit-sikit mana yang patut dan mampu... tapi yang lebih banyaknya hanya 'tolong pandang je' sambil-sambil mengusha mat-mat motor yang lalu lalang kat situ...

Namun nasib tidak selalu menyebelahi diri kita kan.. mungkin satu masa ai akan pandu sendiri kereta kat hiway sebab hujung tahun ni dah stat nak ambik lesen. pastu tetiba je terjadi lagi kejadian tayar pancit, haha... kebetulan pulah kredit habis ke, bateri hanpone kong ke... so, yang akhirnya mencampak diri dalam situasi kena tukar seniri tayar kete... jadi apa kata kalau kita sama-sama belajar menukarnya...

Jadi kini ai akan ajar langkah senang nak tukar tayar. Sematkan dalam hati, nanti suami uolss balik, uolss dah boleh berlagak - ai dah pandai tukar tayar.
Suami: Eh bila tayar you pancit?
Isteri: Tak lah, ai belajar kat belog kak bada.... Hoh.


Mari Belajar Cara Tukar Tayar!


1. Langkah pertama, uolss perlukan tayar yang pancit. kalau tak de tayar pancit tidak perlulah uolss bersusah payah nak tukar. Ini bukan macam spender nak kena tukar selalu. atau pun macam kak ayu yang selalu tukar laki macam tukar baju ya.

Untuk mendapatkan tayar yang pancit, uolss bolehlah ikhtiar sendiri.. contohnya menyusun papan yang terpacak paku tertegak ke atas di atas jalanraya dan gelekkan tayar kereta ke atasnya. Atau pun lagi satu cara untuk pancitkan tayar ialah jadi seorang guru dan buat anak murid bengang. hahah, kalau bernasib baik uolss akan dapt pekej lengkap bukan semata-mata tayar kena pancit, dengan dinding-dinding kreta sekali dapat habuan calar balar.... Boleh cuba juga kalau berani.





2. Langkah dua, setelah dapat bentuk tayar yang diidamkan, uolss perlukan Jack dan juga Jill. Keropok untuk makan sambil tengok suami uolss tukar tayar. Kalau takde suami, uolss perlukan jack sahaja.




3. Langkah ketiga, loggarkan skru pada bahagian tayar dulu (guna wheel brace), kemudian masukkan jack bawah kereta berdekat dengan tayar. Pusing batang jack tuh clockwise supaya kereta ternaik. Kena estimate ketinggian sehingga uolss rasa, tayar baru (yang bulat dan penuh angin) muat untuk direplace.





4. Langkah empat, buka terus semua skru dan keluarkan tayar. Ambil tayar spare dan pasang.




5. Langkah lima, untuk memasang tayar spare uolss perlukan pertolongan orang lain... tapi kalau sorang-sorang pun tak jadi masalah jugak, tapi uolss kena bersenamlah kat situ sorang2 sebab nak kena balance tayar dan pada masa yang sama nak kena ketatkan skru. Gigih.


6. Langkah 6, dah habis ketatkan skru, maka habislah proses pemasangan tayar.
Tapi jangan eksaited sangat sampai tak sabar-sabar terus drive nak belah dari situ sebab tak sabar-sabar nak melupakan kenangan pahit dan tak sabar-sabar jugak nak lupakan tempat jatuh lagikan dikenang apatah lagi tempat tukar tayar kereta.
Ingat, uolss kena cabutkan jack dan simpan peralatan dulu. Selesai semua, make your way to the nearest kedai tayar untuk beli tayar baru atau tampal tayar.


7. Langkah 7, bolehlah uolss open table dengan geng-geng ponen yang lain sambil gebang pergh aku dah boleh tukar tayar kereta sendiri pergh pergh dah tak perlukan cik jants dalam hidup perghh


Nota tambahan:
Warning! Bila tayar pancit, jangan cuak, drive slow-slow ke bahu jalan. Bahaya sebenarnya duduk melepak kat bahu jalan, tapi kalau duduk melepak kat tengah jalan adalah lebih bahaya lagi melainkan kalau uolss memang dah tak sayang nyawa pastu sebenarnya dalam perjalanan nak bunuh diri kat jambatan, tetiba tak jadi sebab tayar pancit....

kalau dah duduk kat bahu jalan yang aga-agak macam dah selamat, uolss kena letak menatang apa ke jadah ntah nama dia yang bentuk tiga segi merah reflect cahaya tuh sejauh 50 meter dari belakang kereta uolssa. Kalau takde benda tuh, gunalah dahan2 pokok ya.

Memang pengalaman antara hidup dan mati duduk tepi kereta dekat bahu lebuhraya yang ruang dia agak sempit. kumat-kamit mulut berselawat bersyahadah sambil cabut skru tayar. Tapi takpe sebab ai ada sama-sama dengan yu... kalau kena kita sama-sama kena kan.. cinta sehidup semati gitulah kononnya....
**jom sama-sama kita lempang muka kak bada sekali lagi**

okeylah.. sekian sahaja sesi pembelajaran cara-cara nak cabut dan tukar tayar kereta kali nih... kalau ada masa, nanti ai ajarkan cara nak cabut dan tukarkan seluar laki@shuami pulak ya.... eerrrr.. tapi uols dah handal bab tu kan???...

Thursday, December 2, 2010

Diari Karuke raya...


Walaupun aktiviti karuke di malam raya bukanlah satu keperluan sebenarnya - ditambah lagi dengan mendapat berita tentang si betis besar sexi, anak wak sorep nak datang rumah malam tu sebab nak hantar daging rusa, niat aku untuk berkaruke yang dah tak berapa nak kental mula menjadi semakin berbelah bagi... ibaratnya kalau kau nak pergi pergi lah biarlah aku dok kat rumah berfungsi sebagai surirumahtanggasepenuhmasa.... gituhhhhh

tapi itu tidak berlaku ya.. jadi apa yang berlaku?
mari kita teruskan ke kronologi cerita yang berikutnya::

setelah perbincangan sesama kami, sambil makan dadih perisa troberi, maka kata putus dah di ambil dengan sebulat suara tapi masih jugak dalam keadaan tertanya-tanya...
Keputusannya - tak jadi pegi jerantut, sebab giler jauh macam tak berbaloi pegi sebab semata-mata nak nyanyi - nanti masa habis kat atas kete je... So, kami bertindak membuat pilihan yang lain pula yang lebih dekat dah lebih tidak menghabiskan masa di atas kete, iaitu memilih utk berkaruke di j14 sahaja.

Baby telefon tanya keputusan - dia dah booking bilik - kesian dia bersungguh nak dengar suara-suara kami ratu-ratu karuke, bersama penyanyi latar dan artis-artis jemputan sekelian - tapi aku reka cerita kat dia cakap cik julia dah nak balik kolumpa esok pagi-pagi so tak dapatlah pegi jerantut sebab jauh... bab-bab propa serah kat kau...

fine, jawab baby dengan kecewa - kot...

Si betis besar sexi pulak telefon. aku terujaaa. teruja macam dah lama sangat tak dengar suara, ibarat sehari bagai setahun lamanya.. tapi macam biasa sebagai seorang kakak yang selalu bertindak mengutamakan hadek-hadek lebih dari shuami, dengan nada yang agak berbelah bagi terus tak bagi dia datang lagi sebab kitorang nak karuke dan tak tahu nak balik pukul bape. gitulah lebih kurang aku cakap kat dia -
okey, dia akan datang esok..
okey aku pun mula tak sabar nak tunggu esok...
okey kak bada gatai cek pik.. gatai cek pikkkk...

Malam - fuad telefon suruh siap sedia - dia dah on da way nak ambik hanak-hanak hayam untuk dijual di pasar gelap.. ehh!! takkkk... tak baik kitorang pompuan beriman dan betawakal kepada tuhan... bersiaplah asah mana-mana yang patut sebab suara anda bakal akan disumbangkan.. "Ready!!" kata fuad... "Okey" aku jawab..

aku telepon dekja suruh siap pakai mekap mana yang patut, fuad dah nak sampai, dia kata dia nak mandi.. okey, fine mandi sekarang dan aku tunggu ko kat rumah kak ayu..

Masa berlalu.. fuad sampai... kak ayu dan cik julia dan siap bak artis.. tapi dek ja tak sampai lagi. gila lama mandi, mandi wajib ke hape nih... sampai fuad boleh rasa macam nak terberak balik semula kat rumah dia dan berak dulu, tapi dek ja tak jugak sampai-sampai...

kemudian termuncul muka dekja. dari arah rumah dia, pergi rumah aku.. - keadaanya - MASIH BERKAIN PELIKAT - arghhhhhh histeria.
sawan hilang ingatan ke hape pompuan tu.

Aku pun terpaksa keluarkan suara soprano jantan menjerit "WOIIIIIII".. dekja teperanjat terus menuju tempat kami tunggu kat depan rumah kak hayu...

"Mu tak jadi pegi ke?"

lepas tu boleh dia jawab macam - laaaaaaa, aku ingatkan Fuad tak sampai lagi..

bulehhhh!!

hanginnnn je!!!!

dah dari tadi orang telefon suruh siap, tetaaapppp nak tunggu fuad sampai dulu baru nak siap.. ko memang ahh... kejap lagi nak memekap tu ambik masa dekat 2 jam pulak...
dahh.. pegi balik sekarang.. besiap...

Dekja balik semula... fuad sampai semula... aktiviti tunggu dekja terus disambungkan ke episod berikutnya...

malas dah aku nak cerita pasal tungu menunggu, sambil sembang dgn uma verta diganggu pulak dgn kehadiran nel nak balik janda baik. jadi disebabkan kemalasa tu, aku akan teruskan ke destiansi pertama...

okeyyy... mari kita pendekkan cerita terus ke destinasi pertama...

destinasi pertama?.. bunyi macam banyak destinasi je.

ya.. tapi tidak lah terlalu banyak destinasi sebenarnya sampai menunjukkan tempat sini ada puluh-puluh pusat karuke ibarat cendawan baru tumbuh lepas hujan.. tak.. ... tapi, teruskan membaca.untuk keterangan lanjut..

Destinasi pertama:
Kedai karuke kak rose... J14...
Kami sampai pukul bape ntah... suasana tak meriah macam selalu-selalu dihiasi lampu-lampu hiasan berwanawani... malam tu ada jugak lampu, tapi tak adalah yg wanawani tu. agak sunyi dan lengang senang nak cari parking tak macam selalu.. dan ada beberapa manusia muda belia (dan agak kendu jugak) kat situ...

"Nak nyanyi ke?" tanya manusia muda belia dan agak 'kendu' kepada kami sebelum kami sempat bertanya dan hanya memerhatikan ke bahagian pintu kedai karuke yang tertutup...

"Ha-ah.. kami lapar microfon ni. Lapar microfon. kedai tak buka ke" tanya fuad pulak mancari kepastian..

"Tak bukaklah, aku pun nak nyanyi jugak - lapar microfon jugak - tapi microfon betullah - bukan microfon yang sejenis lagi tu sebab aku bukan ponen macam korang - dah telefon meran - tapi dia tak de - ni tengah dok tunggulah kalau ada yang datang bukak - bla! bla! bla! yida! yida! yida!" manusia muda belia tersebut memberikan penjelasan sejelas mungkin takut kami tak paham ke hape ntah tujuan dia, padahal kalau dia kata "Kedai tutup", terus je kami paham tak payah bagi penjelasan panjang lebar pun tak apa.

kami kecewa.. tapi, fine, ni malam raya jadi budak yang jaga kaunter tukang jaga dan bukak kedai tu dimaafkan sebabnya dia pun nak cuti. apa kes nak layan orang nyanyi sampai dia tak boleh nak beraya kan...

kami memandang sesama sendiri.. dengan perasaan tak best dan hati yang terpatah-patah... kalau layan si betis besar sexi yang nak datang ke rumah aku tadi macam lebih baik pulak...

Walaupun hati terpatah-patah, kami tak putus harapan... jangan ko ingat ko tutup kedai, kitorang dah tak boleh nyanyi.. siap ko.. aku cari tempat lain pulak. patah tumbuh hilang beganti laa.. ko jangan belagak.. **okey tiba-tiba teremo**

nevermind..

kami ikhtiar lagi...

destinasi kedua...
Pusat karuke mercu view...

ketibaan kami jugak disambut dengan suasana sunyi... malah lebih sunyi berbanding kedai kak rose j14 tadi...
dan lebih malang lagi tak ada manusia muda belia dan agak 'kendu' yang mahu terangkan keadaan sebenar yang berlaku di situ... namun begitu, kami tetap faham dan saling memahami sesama sendiri - TUTUP jugak... sigh... sigh...

kecewa kali kedua... hati yang tadi dah terpatah-patah kepada beberapa bahagian terus patah lagi menjadi bahagian yang kecik-kecik pulak sehingga sukar disambung lagi... ok fine, over dan emo..

so.. apa solusi ke seterusnya.. tak ada lagi tempat melalak yang tinggal... yang open kat J6 tu pun dah habis kena hangkut barang pasal dengki adik beradik.. .. sigh lagi.

lalu, bergeraklah kami tanpa hala tuju yang pasti... semuanya tak pasti sehinggalah fuad bagi keputusan mengejut lebih kurang macam. - KITA PERGI JERANTUT -... hah?? ko bia betul dah lewat nih... ya puan-puan sekelian. jerantut jugak akhirnya..

keputusan drastik dibuat..
"Dekja.. call baby, suruh booking bilik jerantut".. arah fuad layak ketua operasi..

dekja betindak.. telefon baby - bincang dgn baby.. bincang-sembang-bincang-kenapa - tadi kata tak jadi - sape kata tak jadi - dekja handal propa-bincang-bincang... akhirnya baby booking bilik sekali lagi... cuba ya... belum dapat booking lagi sebab tadi dah kensel... okeh. mari kita sama-sama merasa kasihan untuk baby. dan berterima kasih kerana usahanya yang gigih.

kami terus bergerak ke jerantut walaupun tak ada jawapan yang pasti lagi tentang dah dapat bilik ke belum... tapi takpe, tawakal jelah walaupun sebenarnya takde sape pun tahu jalan nak pegi jerantut..

ok! tak!! ada sorang yang tahu... dek ja... dia selalu ke sana sebagai cekcur... ngeee...

Baby telepon... berita baik... bilik ada... yeeessssssssss... cepat datang... baby dah bayarkan separuh harga..
OMG baiknya wanita tu... tentu dia akan kecewa bila artis-artis yang dia nak taja ni semuanya bersuara ala-ala tercampak ke longkang hanyut ke laut.. kecualilah suara fuad bila nyanyi lagu usang - gempak... dan suara dekja bila nyanyi lagu curiga - hebat... dan suara kak ayu, dan juga suara cik julia.. semuanya hebat-hebat persis mutiara... so, kalau semua suara dah hebat-hebat, suara siapa pulak yang ala-ala tercampak ke longkang hayut ke laut itu.. errrrr... errrr.. hehhehehe.. sayaaaa **sambil angkat tangan macam budak sekolah tadika masa cikgu panggil nama dia** ohh!! malunya ai...


so! destinasi berikutnya
Sinaran - errrr, bukan suruh nyanyi lagu sinaran shila majid ke hape ke... tapi nama tempat karuke tu - SINARAN... kat jerantut..

Tempat karuke yang baby temui tu best... I mean sangat best... aku kategorikan dia sebagi best tu bukanlah sebab sound sistem dia yang bagus, atau microfon dia cantik ke, atau ada disediakan set meja buffet yang penuh makanan ke.. semua tu biasa je.. tapi yang buat jadi bestnya sebab kat situ penuh dgn cik jantsss - cik jantsss yang meletop yang menunggu giliran...
jangan salah paham pulak... yang menunggu giliran tu pulak bukanlah mereka tengah menunggu giliran untuk mendapat khidmat dari kak ayu, atau pun cik julia, atau pun dekjaa... tapi opcoz lah tengah tunggu giliran nak ambik bilik nak nyanyi sebab masa tu bilik semua berisi... paham kan...

Yeah!! malam yang sangat enjoy menyanyi menari meronggeng sampai tak sedar kak ayu dah dilarikan @ melarikan diri bersama cik jantss yang ada kat situ.. uhhhh... gatal cek pik ko kak ayu... gatall cek pikkkk...


okey... untuk episod berikutnya, jom kita tengok gambar je ya nokk...:



ini adalah gambar kak ayu hidayat sebelum dapat pegang microfon... sungguh suci dan sungguh mulia persis mutiara kelihatannya. ntah nak control ayu sebab kat luar sana tu ada berderet-deret cik jants...
atau pun dia memang betul-betul sakit gusi sebab gigi baru nak tumbuh ke hape ntah sampai senyum pun nampak macam tak bermaya...
hhhhmmmm, aku lagi suka pilih andaian yag pertama tu... pasal cik jants ...



sebab apa aku suka pilihan andaian yang mula-mula - sebabnya adalah seperti berikut:

Beginilah gayanya bila dia berjaya memegang microfon... errrrrr, ada gaya macam orang sakit gusi baru nak tumbuh gigi tak...



Dan seterusnya dia mula naik minyak menjadi seperti ini:

Sakan...




Dan terus jadi hilang ingatan ke hape ntah:



Dan terus menjadi seperti lupa kesakitan, lupa jantan, lupa diri, lupa dunia dan lupa masa depan:

Dekat Facebook dekja, Cik rinie komen kak ayu dan macam tengah menurun panggil Syaitonn.. gulp!! Ah! tak ada apa nak dihairannkan... dia kan anak didik nenek kebayan yang bila malam mengambang terbang naik vakum keliling awan mencari cik jantss... Oh kak ayu.. U R my idol.. diva divana.. cepat sembah daulat ratu segala ratu....




Dekja berbakat besar tapi selalau nyanyi macam picing lari tersalah note ke hape ntah... pakej ziana zain tu dia dah ada, suara kepit lemak merdu Ning baizura...



Yang tengah-tengah tu penyanyi utama... yang baju lengan coklat tu syarikat penaja... yang baju hitam dua-dua sekali tu artis undangan... dan yang pakai kain key atas kepala tu pengurus artis... okeyy!! pakej tak berapa nak lengkap sebab penyanyi latar tak ada sekali... penyanyi latar terpaksa menjalan tugas sebagai cameraman... dan backup dancer pun tak ada jugak..




Cik Julia pada mula membuat persebahan yang lebih stabil dengan emosi yang lebih stabil selepas ter'emo seketika melepaskan tekanan bergoyang gelek ronggeng bersama kak ayu - seperti gambar yang ke2 ke3 dan ke4 di atas...




Kombinasi yang tak berapa nak stabil tak tahu nak mengkategorikan baby tengah dok nyanyi lagu yang irama macamana... sebabnya cik julia seperti menari irama melayu zapin, semm menari gaya pop.. dak dekja menari gaya balada... sementara fuad hanya sempat menunjukkan tangan di bahagian hujung gambar...




Dekja pula mula melepaskan geram menari jadi tak jadi gitu... semangat dah ada, tapi masih ditahan-tahan perasaan geram...




Dan setelah di cuba berkali-kali, semangat yang dtahan-tahan mula dekja lepaskan seperti melepaskan batuk ditangga... tapi tahap emosinya masih mampu dikawal dgn bijaksana..





Cik Julia kembali dilanda emosi yang tidak stabil...




dekja: lagu duet ni aku nak nyanyi sorang-sorang... akau nak jadi awi, aku jugak nak jadi ziana.. microfon dua-dua aku kena pegang...

Cik julia: tepaksa terima dengan pasrah *sambil posing dengan gaya dysabel baru dapat kaki...





Baby: Errr, lepas ni kita nyanyi lagu duet pulak nak. You pilih lagu apa..
Fuad: lagu usang, kita duet, tapi you jadi suara latar je.. tak pun you buat bunyi gitar je...
**ko tak habis-habis lagu usang kan**




Muka-muka penat dan manja masih kelaparan 'microfon'...





Fuad dapat dulu... yang lain menanti dengan sabar...





Begitulah kisahnya.... sekian..




Ehhh!! ada satu gambar lagi:


Begitulah kisahnya... sekian...