iklan.. rajin-rajin lah klik kat sini ya

Tuesday, December 25, 2007

Sebagai org melayu yg penuh dgn adat-adat ketimuran-lebih-lebih lagi anak-anak dara macam aku ni, kita mestilah sentiasa menunjukkan kemesraan kita. Tidak kira siapa pun kita. samaada kita tuan rumah atau pun amah, sama ada sedang mencuci periuk atau pun mencuci dulang... kita mestilah sentiasa tersenyum. Selain membuatkan kita sentiasa awet muda, ia juga memberikan kita pahala... senyumkan sedekah... so, jgn lupa utk sentiasa tersenyum... walau di mana jua anda berada,,,

aku ingat, balik nanti nak suruh dafi buat pembedahan la kat aku... bagi kecik sikit dahi aku ni


Fuad: (dalam hati) hii...nyampah aku pondan ni. orang nak ambik gambar, dia plak yg over lebih-lebih. Ingat lawa sgt la tu..

Apesal aku rasa mcm tak hensem plak hari ni...
Hello... hah, abang... tak, jgn datang lagi. Ayu tak buat teknik rebonding lagi. Rambut ayu tgh kepok-kepok lagi ni. nanti lepas dah rebonding baru abang datang tau... jgn lupa bawak bunga yg besar-besar. Ayu nak tunjuk kat org kampung... yang laki ayu ni handsome...
Musim-musim banjir ni elok jugak kalau aku belajar berenang... lepas ni aku nak suruh paktam ajar aku berenang kuak kura-kura pulak. kuak labi-labi ni macam tak best jerr

Rambut aku ni, aku nak kaler warna hijau ke, warna biru hah? ari tu dah kaler warna pink... aku ingat nak kaler warna purple lah pulak... lepas tu aku kerinting besar-besar... lepas buat hilite, warna merah... mesti meletup aku lepas ni... ajib tu, dia ingat buat lurus rambut, boleh lawan rambut akulah tu... aku tak akan benarkan. aku kan queen...

Ajib: (dalam hati) Hiii, agaknya laki aku si tengku yg handsome tu dah makan nasik ke belum

Sola: (dalam hati) Nak jadi supermodel mestilah mampu memberikan pose yg paling mantap. Rasanya dgn hanya mendedahkan dua bijik mata tentu akan membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah wanita misteri yg berselindung disebalik wajah anak sedarenya itu... tentunya dia itu seorag yg anggun. Itulah dia pose yg mantap... errr, agaknyalah.

Ajib: (dalam hati) benci aku pondan ni... org nak tgk rancangan mari mengaji, sibuk je dia nak tgk next amarika top model....

Sola: (dalam hati) Bila la agknya aku nak jadi peserta next amarika top model ni....
Pommee - The Handsome boy
Ajib: Weh... mu rasa, kalau aku ngorat Ah Tokcik tu, dia nok tok kat aku?

Nani: Apa? Ah Tokcik... mu jgn nak ngada-ngada. Aku dulu dah cop dia. Dah lama aku nok kat dia... mu nok, mu ngorat madi pok nawi tu.
Ajib@ayu - (sebelum menukar fesyen rambut) (sorry, selepas tukar fesyen rambut, tak sempat pulak nak ambil gambar dia)

raya haji yg lalu

yg baju biru tu... Ali Pok Nawi