iklan.. rajin-rajin lah klik kat sini ya

Tuesday, May 6, 2008

MUSIM Mengawan - siri 2....


Dua hari sebelum kenduri kat rumah latik Queen... adik aku dah menikah. Hmmm jodoh dia dah sampai, tulah jawapan aku bila orang sibuk dok bertanya. Ikut suka akulah aku nak kawin ke aku tak nak kawin ke... sibuk jer nak tanya... lagi pun... aku tunggu Yan datang pinang aku dulu. dah dia tak meminang, macamana aku nak kawinkan.

Jumaat malam Sabtu... adik aku dah selamat menikah dgn pasangan dia.... Sebenarnya, terasa jugak aku yg dah tua ni... dah kertu. bilalah aku nak kawin. Tapi itulah nasib wanita-wanita macam aku dan kawan-kawan aku. Makhluk-makhluk Tuhan yang paling seksi dan ayu di maya pada ini... tak sanggup nak jadi lesbian.

majlis berarak di anggotai oleh mak cik-makcik dan pakcik-pakcik kat tempat aku.... tapi tak lupa, sola dgn naza pun turut serta sekali...

walaupun terdiri dari golongan wanita berbulu pubis, sola tetap diberi penghormatan membawa barang hantaran sampai ke atas rumah....tengok ya, mangkuk pulut semangat yang berat itu di tahan beratnya dgn menggunakan perut... ha... hebatkan..

awalnya, masa pergi aku sola dan naza pergi naik kereta dgn hj ripin... tapi masa baliknya sebab haji ripin nak balik awal, aku dgn sola dan naza pulak masa tu dok tgh sibuk nak bergambar, lepas tu suruhlah haji ripin balik dulu... sebab masa balik kitorang naik kereta dgn adi...
Naza dan sola dlm kereta adi masa nak balik... lihat pada bahagian perutnya yg ramping itu....

time makan tu, tetiba jer tuan rumah suruh duduk kat meja pengantin dgn pengantin sekali. so, family aku, sola dan naza pun tiba-tiba kena turut terlibat sama menghabiskan lauk pengantin tu... best jugak minum air tembikai.



Masa balik tu, semua brang hantaran disumbat dlm kereta adi... salah satu darinya ialah kuih akok... mulanya kami dlm kereta tu dgn senang hatinya mengambil sebijik sorang kuih akok tu... tapi dah boleh nak habiskan. baru je sekali gigit, semua pakat-pakat buang... kuih dia manih lenting.... hhhh....

peringatan ya... semua barang hantaran digubah oleh naza dgn cantik sekali. sampai rozi kata mak andam belah sana puji sampai melambung-lambung gituuuu....
salah satu dari hantaran yg digubah naza - duit hantaran.

So, selesai dah satu hal... tunggu kenduri kat rumah aku 29-5-2008 ni pulak. jiban kata dia tak leh balik sebab hari tu hari kamis. Tak apalah. kalau dia balik baguslah jugak, boleh tolong cuci-cuci pinggan mangkuk.. hehe... harap-harap Yan wahid dapat balik hari tu nanti... Kenduri Tak boleh nak buat hari sabtu, sebab sabtu tu nanti ada kenduri rumah pok usop gemuk... Noryah nak kawin. Jiban, noryah kawin hari sabtu tau... mu tak nok balik jugak ke? mu kan mok tiri noryah, selaku madu cu salmoh... selaku bini muda pok usop... hehe...

oklah... babai

Monday, May 5, 2008

MUSIM Mengawan....

Ok... sebenarnya balik cuti baru ni ada 2 kenduri kahwin aku pergi... tapi menjelang nak habis bulan lima ni, ada berderet-deret lagi kenduri nak kena pergi. termasuk kenduri kat rumah aku nanti...

. kenduri kat rumah aku tak buat lagi. apa pun, aku nak bagi tau pasal kenduri kat rumah latip (Queen) kat jengka 4 dulu...

Ini latip Queen... nampak agak tak terurus sikit sebab sibuk nak uruskan hal kenduri... kalau tidak, dialah makhluk Tuhan yang paling seksi kat Malaysia ni....

Hari Ahad.... 4/5/2008.... aku dah siap awal dah. lebih kurang 11 pagi. kena siap awal sebab petang tu jugak nak balik Kolumpa semula. jadi, aku ingat, kalau pergi awal... bolehlah balik awal...

Disebabkan nak pergi kenduri tu dgn naza, aku tunggu lah jugak... tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu... huh... teka, pukul berapa baru dia siap... pukul 2 petang.... Celeyyoh betullah. Tapi biar jelah. nak buat macamana kan. so, disebabkan kelewatan itu. aku terpaksa menunda ke hari esoknya utk balik ke kolumpa.

Aku, naza, Malik dgn cek... pergi sekali naik kereta cek... mula nak ingat nak naik motor dgn malik... tapi tak jadi.
Cek bawak kereta honda... tapi ngeri sikit naik kereta dia nih... rasa macam runsing jer. tapi tak apalah. dah selamat pun sampai. Jepu pergi jugak, naik motor dgn leha...

Jepu@Azi... tengah2 dok makan tu, sempat lagi posing bila orang nak ambik gambar...

Akibat lambat sampai tu... kami sampai jer masa tu lauk dah habis... yang tinggal serdak sikit-sikit je. Nasib baik masa tu ada cikgu sally tgh dok meratah lauk pengantin yang tak habis. so, kitorang makan guna lauk tulah.

Para tetamu yang terdiri dari makhluk tuhan yang paling ayu sedang menikmati makanan...

Yang kawin hari ni ialah kakak latik...Yang perempaun itulah kakak latik ya... kepada yang tidak tahulah. Yang lelaki itu sudah tentulah laki kakak latik... abang ipar latik. Naza kata laki tu hensem....

Yang menariknya kenduri rumah latik ni, dia buat cabutan bertuah. pastu dpt hamper... sebab kitrg sampai lambat, tak dptlah nombor untuk cabutan tu.
yang menarik lagi satu... kat pelamin bahagian gubahan bunga, dia gantung buah epal 3 bijik...

Yang menarik lagi satu... kenduri ni dihadiri oleh ramai wanita-wanita ayu... makhluk tuhan yang paling ayu...antara makhluk tuhan yang paling ayu yg hadir sedang berposing dgn pelbagai gaya mengelilingi pengantin.

masa kitorang nak balik tu, adalah baru sampai 3 orang lagi makhlu tuhan yang paling ayu kat kenduri tu...

Dan yangg paling menarik sekali kat kenduri ni ialah adik ipar latik....Mamat yg berdiri kat sebelah pengantin tulah adik ipar latik... cute kan... hehe... punggong mamat tu.... seksi nokk... huhhhhh... dia ni dah ada anak sorang. dan dgn tidak disangka-sangka, cikgu sally pun dah menjadi mak tiri kepada anak mamat cute tersebut....so, kalau aku nak rebut mamat cute tu, selain kena berlawan dgn tikah, adik latik tu, aku jugak kena berlawan dgn cikgu sally dulu... so, biarlah aku mengalah. biarlah aku berkorban. aku rela asalkan mamat cute tersebut bahagia...