iklan.. rajin-rajin lah klik kat sini ya

Thursday, December 2, 2010

Diari Karuke raya...


Walaupun aktiviti karuke di malam raya bukanlah satu keperluan sebenarnya - ditambah lagi dengan mendapat berita tentang si betis besar sexi, anak wak sorep nak datang rumah malam tu sebab nak hantar daging rusa, niat aku untuk berkaruke yang dah tak berapa nak kental mula menjadi semakin berbelah bagi... ibaratnya kalau kau nak pergi pergi lah biarlah aku dok kat rumah berfungsi sebagai surirumahtanggasepenuhmasa.... gituhhhhh

tapi itu tidak berlaku ya.. jadi apa yang berlaku?
mari kita teruskan ke kronologi cerita yang berikutnya::

setelah perbincangan sesama kami, sambil makan dadih perisa troberi, maka kata putus dah di ambil dengan sebulat suara tapi masih jugak dalam keadaan tertanya-tanya...
Keputusannya - tak jadi pegi jerantut, sebab giler jauh macam tak berbaloi pegi sebab semata-mata nak nyanyi - nanti masa habis kat atas kete je... So, kami bertindak membuat pilihan yang lain pula yang lebih dekat dah lebih tidak menghabiskan masa di atas kete, iaitu memilih utk berkaruke di j14 sahaja.

Baby telefon tanya keputusan - dia dah booking bilik - kesian dia bersungguh nak dengar suara-suara kami ratu-ratu karuke, bersama penyanyi latar dan artis-artis jemputan sekelian - tapi aku reka cerita kat dia cakap cik julia dah nak balik kolumpa esok pagi-pagi so tak dapatlah pegi jerantut sebab jauh... bab-bab propa serah kat kau...

fine, jawab baby dengan kecewa - kot...

Si betis besar sexi pulak telefon. aku terujaaa. teruja macam dah lama sangat tak dengar suara, ibarat sehari bagai setahun lamanya.. tapi macam biasa sebagai seorang kakak yang selalu bertindak mengutamakan hadek-hadek lebih dari shuami, dengan nada yang agak berbelah bagi terus tak bagi dia datang lagi sebab kitorang nak karuke dan tak tahu nak balik pukul bape. gitulah lebih kurang aku cakap kat dia -
okey, dia akan datang esok..
okey aku pun mula tak sabar nak tunggu esok...
okey kak bada gatai cek pik.. gatai cek pikkkk...

Malam - fuad telefon suruh siap sedia - dia dah on da way nak ambik hanak-hanak hayam untuk dijual di pasar gelap.. ehh!! takkkk... tak baik kitorang pompuan beriman dan betawakal kepada tuhan... bersiaplah asah mana-mana yang patut sebab suara anda bakal akan disumbangkan.. "Ready!!" kata fuad... "Okey" aku jawab..

aku telepon dekja suruh siap pakai mekap mana yang patut, fuad dah nak sampai, dia kata dia nak mandi.. okey, fine mandi sekarang dan aku tunggu ko kat rumah kak ayu..

Masa berlalu.. fuad sampai... kak ayu dan cik julia dan siap bak artis.. tapi dek ja tak sampai lagi. gila lama mandi, mandi wajib ke hape nih... sampai fuad boleh rasa macam nak terberak balik semula kat rumah dia dan berak dulu, tapi dek ja tak jugak sampai-sampai...

kemudian termuncul muka dekja. dari arah rumah dia, pergi rumah aku.. - keadaanya - MASIH BERKAIN PELIKAT - arghhhhhh histeria.
sawan hilang ingatan ke hape pompuan tu.

Aku pun terpaksa keluarkan suara soprano jantan menjerit "WOIIIIIII".. dekja teperanjat terus menuju tempat kami tunggu kat depan rumah kak hayu...

"Mu tak jadi pegi ke?"

lepas tu boleh dia jawab macam - laaaaaaa, aku ingatkan Fuad tak sampai lagi..

bulehhhh!!

hanginnnn je!!!!

dah dari tadi orang telefon suruh siap, tetaaapppp nak tunggu fuad sampai dulu baru nak siap.. ko memang ahh... kejap lagi nak memekap tu ambik masa dekat 2 jam pulak...
dahh.. pegi balik sekarang.. besiap...

Dekja balik semula... fuad sampai semula... aktiviti tunggu dekja terus disambungkan ke episod berikutnya...

malas dah aku nak cerita pasal tungu menunggu, sambil sembang dgn uma verta diganggu pulak dgn kehadiran nel nak balik janda baik. jadi disebabkan kemalasa tu, aku akan teruskan ke destiansi pertama...

okeyyy... mari kita pendekkan cerita terus ke destinasi pertama...

destinasi pertama?.. bunyi macam banyak destinasi je.

ya.. tapi tidak lah terlalu banyak destinasi sebenarnya sampai menunjukkan tempat sini ada puluh-puluh pusat karuke ibarat cendawan baru tumbuh lepas hujan.. tak.. ... tapi, teruskan membaca.untuk keterangan lanjut..

Destinasi pertama:
Kedai karuke kak rose... J14...
Kami sampai pukul bape ntah... suasana tak meriah macam selalu-selalu dihiasi lampu-lampu hiasan berwanawani... malam tu ada jugak lampu, tapi tak adalah yg wanawani tu. agak sunyi dan lengang senang nak cari parking tak macam selalu.. dan ada beberapa manusia muda belia (dan agak kendu jugak) kat situ...

"Nak nyanyi ke?" tanya manusia muda belia dan agak 'kendu' kepada kami sebelum kami sempat bertanya dan hanya memerhatikan ke bahagian pintu kedai karuke yang tertutup...

"Ha-ah.. kami lapar microfon ni. Lapar microfon. kedai tak buka ke" tanya fuad pulak mancari kepastian..

"Tak bukaklah, aku pun nak nyanyi jugak - lapar microfon jugak - tapi microfon betullah - bukan microfon yang sejenis lagi tu sebab aku bukan ponen macam korang - dah telefon meran - tapi dia tak de - ni tengah dok tunggulah kalau ada yang datang bukak - bla! bla! bla! yida! yida! yida!" manusia muda belia tersebut memberikan penjelasan sejelas mungkin takut kami tak paham ke hape ntah tujuan dia, padahal kalau dia kata "Kedai tutup", terus je kami paham tak payah bagi penjelasan panjang lebar pun tak apa.

kami kecewa.. tapi, fine, ni malam raya jadi budak yang jaga kaunter tukang jaga dan bukak kedai tu dimaafkan sebabnya dia pun nak cuti. apa kes nak layan orang nyanyi sampai dia tak boleh nak beraya kan...

kami memandang sesama sendiri.. dengan perasaan tak best dan hati yang terpatah-patah... kalau layan si betis besar sexi yang nak datang ke rumah aku tadi macam lebih baik pulak...

Walaupun hati terpatah-patah, kami tak putus harapan... jangan ko ingat ko tutup kedai, kitorang dah tak boleh nyanyi.. siap ko.. aku cari tempat lain pulak. patah tumbuh hilang beganti laa.. ko jangan belagak.. **okey tiba-tiba teremo**

nevermind..

kami ikhtiar lagi...

destinasi kedua...
Pusat karuke mercu view...

ketibaan kami jugak disambut dengan suasana sunyi... malah lebih sunyi berbanding kedai kak rose j14 tadi...
dan lebih malang lagi tak ada manusia muda belia dan agak 'kendu' yang mahu terangkan keadaan sebenar yang berlaku di situ... namun begitu, kami tetap faham dan saling memahami sesama sendiri - TUTUP jugak... sigh... sigh...

kecewa kali kedua... hati yang tadi dah terpatah-patah kepada beberapa bahagian terus patah lagi menjadi bahagian yang kecik-kecik pulak sehingga sukar disambung lagi... ok fine, over dan emo..

so.. apa solusi ke seterusnya.. tak ada lagi tempat melalak yang tinggal... yang open kat J6 tu pun dah habis kena hangkut barang pasal dengki adik beradik.. .. sigh lagi.

lalu, bergeraklah kami tanpa hala tuju yang pasti... semuanya tak pasti sehinggalah fuad bagi keputusan mengejut lebih kurang macam. - KITA PERGI JERANTUT -... hah?? ko bia betul dah lewat nih... ya puan-puan sekelian. jerantut jugak akhirnya..

keputusan drastik dibuat..
"Dekja.. call baby, suruh booking bilik jerantut".. arah fuad layak ketua operasi..

dekja betindak.. telefon baby - bincang dgn baby.. bincang-sembang-bincang-kenapa - tadi kata tak jadi - sape kata tak jadi - dekja handal propa-bincang-bincang... akhirnya baby booking bilik sekali lagi... cuba ya... belum dapat booking lagi sebab tadi dah kensel... okeh. mari kita sama-sama merasa kasihan untuk baby. dan berterima kasih kerana usahanya yang gigih.

kami terus bergerak ke jerantut walaupun tak ada jawapan yang pasti lagi tentang dah dapat bilik ke belum... tapi takpe, tawakal jelah walaupun sebenarnya takde sape pun tahu jalan nak pegi jerantut..

ok! tak!! ada sorang yang tahu... dek ja... dia selalu ke sana sebagai cekcur... ngeee...

Baby telepon... berita baik... bilik ada... yeeessssssssss... cepat datang... baby dah bayarkan separuh harga..
OMG baiknya wanita tu... tentu dia akan kecewa bila artis-artis yang dia nak taja ni semuanya bersuara ala-ala tercampak ke longkang hanyut ke laut.. kecualilah suara fuad bila nyanyi lagu usang - gempak... dan suara dekja bila nyanyi lagu curiga - hebat... dan suara kak ayu, dan juga suara cik julia.. semuanya hebat-hebat persis mutiara... so, kalau semua suara dah hebat-hebat, suara siapa pulak yang ala-ala tercampak ke longkang hayut ke laut itu.. errrrr... errrr.. hehhehehe.. sayaaaa **sambil angkat tangan macam budak sekolah tadika masa cikgu panggil nama dia** ohh!! malunya ai...


so! destinasi berikutnya
Sinaran - errrr, bukan suruh nyanyi lagu sinaran shila majid ke hape ke... tapi nama tempat karuke tu - SINARAN... kat jerantut..

Tempat karuke yang baby temui tu best... I mean sangat best... aku kategorikan dia sebagi best tu bukanlah sebab sound sistem dia yang bagus, atau microfon dia cantik ke, atau ada disediakan set meja buffet yang penuh makanan ke.. semua tu biasa je.. tapi yang buat jadi bestnya sebab kat situ penuh dgn cik jantsss - cik jantsss yang meletop yang menunggu giliran...
jangan salah paham pulak... yang menunggu giliran tu pulak bukanlah mereka tengah menunggu giliran untuk mendapat khidmat dari kak ayu, atau pun cik julia, atau pun dekjaa... tapi opcoz lah tengah tunggu giliran nak ambik bilik nak nyanyi sebab masa tu bilik semua berisi... paham kan...

Yeah!! malam yang sangat enjoy menyanyi menari meronggeng sampai tak sedar kak ayu dah dilarikan @ melarikan diri bersama cik jantss yang ada kat situ.. uhhhh... gatal cek pik ko kak ayu... gatall cek pikkkk...


okey... untuk episod berikutnya, jom kita tengok gambar je ya nokk...:



ini adalah gambar kak ayu hidayat sebelum dapat pegang microfon... sungguh suci dan sungguh mulia persis mutiara kelihatannya. ntah nak control ayu sebab kat luar sana tu ada berderet-deret cik jants...
atau pun dia memang betul-betul sakit gusi sebab gigi baru nak tumbuh ke hape ntah sampai senyum pun nampak macam tak bermaya...
hhhhmmmm, aku lagi suka pilih andaian yag pertama tu... pasal cik jants ...



sebab apa aku suka pilihan andaian yang mula-mula - sebabnya adalah seperti berikut:

Beginilah gayanya bila dia berjaya memegang microfon... errrrrr, ada gaya macam orang sakit gusi baru nak tumbuh gigi tak...



Dan seterusnya dia mula naik minyak menjadi seperti ini:

Sakan...




Dan terus jadi hilang ingatan ke hape ntah:



Dan terus menjadi seperti lupa kesakitan, lupa jantan, lupa diri, lupa dunia dan lupa masa depan:

Dekat Facebook dekja, Cik rinie komen kak ayu dan macam tengah menurun panggil Syaitonn.. gulp!! Ah! tak ada apa nak dihairannkan... dia kan anak didik nenek kebayan yang bila malam mengambang terbang naik vakum keliling awan mencari cik jantss... Oh kak ayu.. U R my idol.. diva divana.. cepat sembah daulat ratu segala ratu....




Dekja berbakat besar tapi selalau nyanyi macam picing lari tersalah note ke hape ntah... pakej ziana zain tu dia dah ada, suara kepit lemak merdu Ning baizura...



Yang tengah-tengah tu penyanyi utama... yang baju lengan coklat tu syarikat penaja... yang baju hitam dua-dua sekali tu artis undangan... dan yang pakai kain key atas kepala tu pengurus artis... okeyy!! pakej tak berapa nak lengkap sebab penyanyi latar tak ada sekali... penyanyi latar terpaksa menjalan tugas sebagai cameraman... dan backup dancer pun tak ada jugak..




Cik Julia pada mula membuat persebahan yang lebih stabil dengan emosi yang lebih stabil selepas ter'emo seketika melepaskan tekanan bergoyang gelek ronggeng bersama kak ayu - seperti gambar yang ke2 ke3 dan ke4 di atas...




Kombinasi yang tak berapa nak stabil tak tahu nak mengkategorikan baby tengah dok nyanyi lagu yang irama macamana... sebabnya cik julia seperti menari irama melayu zapin, semm menari gaya pop.. dak dekja menari gaya balada... sementara fuad hanya sempat menunjukkan tangan di bahagian hujung gambar...




Dekja pula mula melepaskan geram menari jadi tak jadi gitu... semangat dah ada, tapi masih ditahan-tahan perasaan geram...




Dan setelah di cuba berkali-kali, semangat yang dtahan-tahan mula dekja lepaskan seperti melepaskan batuk ditangga... tapi tahap emosinya masih mampu dikawal dgn bijaksana..





Cik Julia kembali dilanda emosi yang tidak stabil...




dekja: lagu duet ni aku nak nyanyi sorang-sorang... akau nak jadi awi, aku jugak nak jadi ziana.. microfon dua-dua aku kena pegang...

Cik julia: tepaksa terima dengan pasrah *sambil posing dengan gaya dysabel baru dapat kaki...





Baby: Errr, lepas ni kita nyanyi lagu duet pulak nak. You pilih lagu apa..
Fuad: lagu usang, kita duet, tapi you jadi suara latar je.. tak pun you buat bunyi gitar je...
**ko tak habis-habis lagu usang kan**




Muka-muka penat dan manja masih kelaparan 'microfon'...





Fuad dapat dulu... yang lain menanti dengan sabar...





Begitulah kisahnya.... sekian..




Ehhh!! ada satu gambar lagi:


Begitulah kisahnya... sekian...



Wednesday, December 1, 2010

Karuke malam raya (episod 1)

Citer karuke lagi...

okeh! sepatutnya cerita yg ni dah diceritakan masa hari tu lagi dah.. sebab kisah ni berlangsung masa raya haji hari tu.. tapi disebabkan cerita kali ni perlu dihiasi jugak dengan gambar-gambar hiasan wanita-wanita cantik.. dan gambar-gambar wanita cantik itu pulak hanya boleh dimiliki setelah pemilik camera yang juga salah seorang dari wanita cantik yang terlibat yakni dekja ketika dia betul-betul free... jadi.. baru lah sekarang cerita ni dapat Ai sampaikan kat yu.. sebabnya dekja dah free... dan cameranya dia dah bagi ai utk uploadkan gambar-gambar yang terlibat dalam lappy milik Ai nihh... errrr, bukan milik Aini.. Milik Ai... milik aku... **okey-okey jgn over orang dah paham dah**...

Jadi disebabkan memori aku terhadap cerita yg akan aku sampaikan ni dah makin pudar terperosok dekat fail memory yg paling hujungggggg sekali sebab dah lama pun ia berlalu... mungkin akan ada antara cerita-cerita yang bakal kau baca lepas ni telah ditokok tambah bahan perisa, gula garam, ajinomoto dan juga serbuk lada sulah pada kadar yang secukup rasa.. okey, aku janji hanya secukup rasa jelah. kalau kau nak tambah mayonis lebih boleh lah ko cakap masa order... err

Baiklah...
Aku pun tak tahu hal yang sebenarnya samada kak ayu hidayat tu memang ada skandal dengan boss ke, hape ke sampai membuatkan aku jeles *sikit jelah* pasal dia dapat cuti raya haji baru ni agak lama jugak... lama jugaklah kalau nak bandingkan dengan aku dan dengan puad yang dapat cuti sari je, pastu kena isi borang mohon cuti tahunan tambah sehari lagi bagi jadi 2 hari supaya boleh beraya di raya pertama dan raya ke 2... Kak Uma apatah lagi sebab pagi-pagi buta raya ke2 dah kena balik kolumpa semula dah sebab dah kerja... dia takpe, sebab dah dicutikan dulu dah beberapa hari sebelum raya tu...

tapi anak wak sorep yang berbetis besar sexi tu pun dapat cuti agak lama jugak...
apakah ini bermakna dia jugak ada skandal dgn boss...
ehh!! janganlahhhh...
janganlah nak kacau bilaukan fikiran aku macam tu... dia tak.. dia baik.. dia setia pada yang 1 iaitu aku...
**okehhh diam kau pondan perasan**

Oh ya lupa nak bagitahu, raya haji tahun ni... kita-kita nih dikunjungi oleh tetamu jawa yang nak merasa macamana gayanya beraya kat sinih kan... sepupu kak ayu je pun... tak payahlah korang muka teruja sangat walaupun dia memang pompuan cantik ala-ala Linda On...
dan ada jugak sorang lagi sepupu kak ayu beraya kat sinih dan nampak gayanya macam nak menetap kat sinih terus...

perut dia,, uihhhh... sexi U... gulp! gulp! dekja tertelan air liur... walaupun rupa parasnya yang agak ala-ala gitu, tapi taklah teruk mana sangat... dan kak ayu kata perangai dia tak berapa nak senonoh suka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lembu-lembu korban sempena raya haji... tapi kehadirannya di muka pintu rumah jemi dengan tidak berbaju menayangkan perut sexi serta-merta bisa mengaburi mata terhadap kekurangan-kekurangan lain yang diceritakan terhadapnya...
dah! dah! dah!!!!... jangan nak merepek meraban citer pasal cik jants pulak kat sini ya walaupun perut dia memang kempis sexi...

Kak hayu yang mengkhabarkan akan balik masa sebelum raya bersama cik julia terus menjadi objek 'kepulangan yang dinanti' di hari sebelun hari raya itu sambil-sambil berborak mengumpat dengan Uma Verta kat tangga rumah dia, sambil-sambil anak mata dok mengekor je sepupu kak Hayu hidayat keluar-masuk-keluar-masuk rumah jemi dengan tak berbaju menayang perut...
ok cukup..

walaupun setelah penat ditunggu-tunggu, objek 'kepulangan yang dinanti tu', bermula dari hari sebelum raya tapi tak jugak sampai-sampai objek tersebut.. sesat ke hape pompuan rambut kobis tu..
tapi dek kerana seronok berbual sembang ngumpat dengan Uma Verta yang dah lama jugak tak jumpa, sambil-sambil menunggu sambil mengusha sepupu kak ayu perut sexi, rupanya tanpa sedar kami telah menunggu begitu lama sehinggalah tengahari hari raya (iaitu keesokan harinya)... barulah kak ayu hidayat itu tiba.. dengan selamat... dan sihat... dan sempurna sifat tak ada anggota badan yang tertinggal atau pun tercicir merata-rata...

dan marilah kita tanamkan sifat malas bercerita tentang perihal raya kat rumah uma berta kerana dia begitu bergembira teruja sampai terbesar-besar dan cerah bijik matanya melayan kehadiran lakinya (opssssss)... @ skandalnya pada satu masa dulu. sehinggalah dia melupakan kehadiran watak-watak rakannya yang berada di sekeliling, apatah lagi watak cik julia yang datang dari kejauhan nak beraya kat sana...
tapi tak apa...
kami semua memang faham perasaan bahagia hati perempuan yang hidup berjauhan dengan shuami tercinta, tiba-tiba owh!! dapat bertemu di hari yang mulia hari raya... tacing macam lagu kepulangan yang dinanti.. walaupun watak untuk objek 'kepulangan yg dinanti tu' telah diberi kepada kak ayu hidayat - si wanita berambut kobiss...
tapi takpe.. tak pe.. aku paham sebab aku pun lalui hal yang sama jugak pada hari raya itu... Oh!!

ehhh!! aku malas lah nak tulis panjang-panjang nih **sape yang suruh ko tulis panjang?** sebabnya cerita ni dah berminggu-minggu berlalu jadi aku dah lupa jalan ceritanya secara teratur...
jomlah kita buat kronologi cerita secara terus... atau buat sinopsis je... buleh kan...

baiklah kita terus ke kronologi cerita ikut point ya....

- ntah pukul berapa - ketibaan watak-watak tak utama - beberapa orang wanita jadian terus menuju ke rumah kak ayu hidayat dengan tujuan nak raya - watak ni datang dari rumah sero.. adik ipar sero ke hape ntah hubungannya dengan sero...

-kak ayu hidayat, aku dan cik julia dan fuad terus ke rumah kak ayu hidayat sebab nak meraikan watak-watak wanita jadian yang tiba-tiba muncul tanpa diduga-

-di hidangkan dengan potongan-potongan jambu batu bersama serbuk asam boi resepi ciptaan mijah yang omaigod sedap sampai aku lupa ntah berapa potong aku makan - dihidangkan juga dengan soto wak ju @ ucu yang memang terkenal sedap - tapi takde sape nak hidang so kalau nak makan kena pegi ambik sendiri kat dapur.

- dekja takde kena hantar daging korban ke merata-rata tempat... tapi muncul jugak akhirnya dengan keadaan yang tak ada rupa orang nak beraya langsung.. samaada dia rasa raya haji memang tak ada kepentingan sangat atau pun dia memang lupa hari tu hari raya...

- makan, makan, makan, mngumpat, makan, mengumpat, mengumpat, makan makan ketupat..

- baby - salah seorang wanita jadian yang muncul tiba-tiba bagi cadangan nak karuke - kat jerantut - ok fine - giler jauh nak nyanyi di hari raya - kalau dekat-dekat sikit apa salahnya - jadi cadangan tersebut macam tak berapa nak diterima pakai oleh otak...

- tiada sebarang keputusan rasmi dibuat terhadap cadangan itu. hanya keputusan tak rasmi - aku? okeh... engkau? okeh...

- majlis bersurai tanpa sebarang keputusan rasmi yang muktamad.. keputusan rasmi tak muktamad pun takde jugak.

- jawapan masih dibiar tergantung-gantung sampai ke petang pegi beraya kat rumah aku pulak.

- kak ayu hidayat macam takde semangat pasal sakit gusi, gigi bongsu baru nak tumbuh ke hape ntah - membuatkan harapan untuk karuke ke jerantut makin pudar sinarannya.

- tetiba ada berita menerujakan si betis besar sexi, anak wak sorep nak datang hantar daging rusa mintak tolong siang dan buat rencah-rencah sebab nak di BBQ kan - terus niat untuk memenuhi undangan karuke ke jerantut bagaikan mencurahkan air ke daun keladi (relevant tak peribahasa nih)

- keputusan lain pulak di buat - rancangan lain pulak direka cipta - kansel jerantut - pegi bandar pusat je....

- tunggulah apa akan terjadi ya, diepisod seterusnya - aku dah penat menaip tengah-tengah malam buta ni - dah ngantuk campur pening kepala - so better stop dulu...


- kalau nak tahu apa yang jadi pada rancangan karuke malam raya kami... nantikan kami diepisod seterusnya - karuke malam raya episod ke dua - lebih menarik bersama gambar-gambar bukti dan lain-lain lagi....

okehhh... besambung...

Monday, November 29, 2010

karuke hari tu

Tadi pagi, pukul 9.15 time nak kluar pegi keje... **hambek, 9.15 pagi baru nak kluar pegi keje padahal waktu masuk keje pukul 9.00... sonnah tak... biasalah kak bada kan selalu feeling berangan jadi boss... masuk keje nak paling lambat, balik keje nak paling awal - hishh!! pekerja harapan betullah... pastu dah lah masuk lambat, sampai je tempat keje, buleh je buat muka selamba takde dosa bukak facebook balas-balas komen tanam sayur kutip sayur bagi ayam makan segala benda lah... ko memang ah...**

ok.. lupakan. kak bada tu memang tak sadar dek untung. lupakan dia yg tak membawak sebarang erti kepada hidup anda...

ok! dengan melupakan kak bada jom kita ulang balik semula ke ayat yang mula-mula tadi:
Tadi pagi, pukul 9.15... Tiba-tiba aku terserempak dengan dekja yang tgah naik van dgn queen latifah baru nak balik rumah... dari j4 kot.. sempat dia lambai-lambai tangan ala-ala ratu yang baru menang miss world. huh! wanita bizi yang separa berkerjaya tu ko tahulah kebelakangan ni sibuk macam menteri-menteri di jabatan perdana menteri...

sejak dari raya haji hari tu lagi dah, ni baru nampak semula muka dia. baru balik dari lipis, kot... atau pun memang tempat lain... uruskan hal-hal orang kawen katanya. tapi ntah lah nyah... yg pegi uruskan org kawen tu sari dua je. yang dok lepak-lepak perabis duit kat mana-mana ntah dekat seminggu... masa raya haji baru ni macam tu jugaklah. yang kendurinya hari sabtu/ahad je.. hari selasa baru nak jenguk muka...

anyway ai tak kisah sangat pun uolss nak melepak lama-lama mana... tapi ai ni dok tetunggu-tunggu camera uolss sebab nak ambik gambar kak ayulesha hidayat dengan julia dania masa meronggeng karoke kat jerantut hari tuh... yang lain-lain tu, ai tak kisahlah uols nak buat apa pun. as long as pandai jaga diri, pandai jaga laki, dapat ngorat cik jantss loi banyak-banyak kali pun dah buat ai bangga dengan uolss.. ye dekja.

malam ahad baru ni pun, ada lah jugak si ratu karuke tu balik dan macam biasalah, datang ambik penyanyi latar dia bawak pegi karuke. aktiviti2 biasalah bagi kami artis-artis ni nak asah bakat asah suara supaya tak tercampak ke longkang dan terus hanyut ke laut...
kot2 kalau rajin praktis, suara jadi lunak gemersik buluh perindu, boleh masuk malaysian idol tahun depan nih... apa kata engkorang?? setuju tak??

selalu bertiga, artis trio gitu kan nyanyi kat j14 sana tuh... tapi sebab dekja is sibuk always, yang patutnya trio tu dah jadi duo.. tak kisahlah trio ke, duo ke, single trang tang-tang ke.. aktiviti tu tetap jugak diteruskan oleh ratu karuke bersama penyanyi latarnya.

ibarat masa malam raya haji hari tu, tak ada di j14, tak ada di bandar pusat, sampai ke jerantut ku cari jua.. kalau tak ada jugak, sampai kelubang cacing ku jejak juga... gigih uolss..
tapi tak pe.. kisah yang tu nanti ai citer bila dah dapat gambar dari camera dekja...

Masa ratu karuke bersama penyanyi latarnya sampai kat j14 tu, rasa macam pelik lah pulak sebab ada mcm ramaiiiiii sangat orang. ramailah tapi taklah ramai macam kat funfair bandar pusat hari tu. kira macam lebih ramai dari biasa jelah.. takdelah nak over-over sampai nak jadi funfair ke, genting helen ke, konsert mega ke...

ok.. whatever..

rupanya orang ramai-ramai datang tu sebab kat situ ada buat pertandingan karuke.

huh!!
menyusah je tau buat pertandingan-pertandingan gitu. dah kedai karuke tu tak bukak. maka kecewalah ratu karuke bersama penyanyi latarnya tu sebab takleh nak karuke. tapi tak leh tunjuk sangat muka kecewa sebab tiap-tiap sabtu malam ahad memang kat sini lah tempat tujuan utama ratu karuke bersama penyanyi latarnya menghabiskan waktu-waktu dan jugak duit ringgit... jadi adalah tersangat over kalau ratu karuke bersama penyanyi latarnya menunjukkan muka kecewa sambil menjebik-jebikkan bibir mulut macam budak-budak kecik nak nangis atau pun duduk sambil hentak-hentak kaki sambil meraung kat keramaian tu.. dah! dah!!.. ko jangan nak lebih-lebih pulak ya.

Jadi malam tu duduklah ratu karuke bersama penyanyi latarnya kat situ buat-buat nak oder air minum dengan meggi goreng... atas dua sebab ya,
1 - nak cover perut lapar..
2 - nak cover malu, sambil2 boleh usha-usha cik jants yang boleh tahan ramai dan ada jugak yang boleh tahan cute lepak-lepak tengok orang nyanyi kat situ...

so, makan dan minumlah si ratu karuke bersama penyanyi latarnya sambil-sambil dihidangkan @ dihiburkan oleh artis-artis muda yang baru nak belajar hidup dengan artis-artis veteren yang agak-agak dah tak berapa lama dah nak hidup... uh!!

tapi memang betullah. yang budak-budak baru nak belajar hidup tu menyanyi kira bolehlah tahan macam budak-budak nak tengah uji bakat nak masuk akademi fantasia... kira sedap jugaklah. bolehlah jadi hidangan halwa telinga...

tapi!! yang dah veteren-veteren tu...
oh my goshh!! rasa macam nak terhoyong hayang je aku dengar.. sigh!!.. sigh!!..

kalau nak dibanding dengan Wak Dan masa pagi-pagi karuke lagu perigi biru kat rumah dia.. jauuuhhh lah Wak Dan lagi hebat.. Jauhhhhh.. tertinggal 7 tiang.

So! disebabkan keadaan yang dah makin menyesakkan napas aku nak dengar suara-suara peserta veteren yang nyanyi pulak lagu zaman tok Ndan tok kadok dulu, adalah baiknya kalau ratu karuke bersama penyanyi latarnya mintak diri dengan cara sopan cari tempat karuke lain yang masih wujud disitu, walauuu pun masa tu adalah sorang mamat jambu cute comel anak-anak ikan dok berdiri kat pintu dok tengok-tengok kat ratu karuke bersama penyanyi latarnya itu... Ohh!! kalau padi katakan padi tidak aku tertampi-tampi.. \
Ok! cukup.. jangan over jangan over...

Then, tanpa membuang masa, kalau buang masa lama-lama kat situ akan mabuklah kami dek penangan suara-suara voice of asia peserta-peserta veteren yang tak habis-habis, balik-balik nyanyi lagu M daud kilau, balik-balik nyanyi M daud kilau... Kalau M daud kilau ada kat situ mesti dia kembang bangga gila tak sangka rupanya di dunia ini masih terlalu ramai yang meminatinya.. ohoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... kalau lah mata betentang mata... argggghhhhhh!!!

Jadi mamat jambu cute comel anak-anak ikan yang dok berdiri kat pintu dok tengok-tengok kat ratu karuke bersama penyanyi latarnya terpaksalah dilupakan sebab misi utama kami malam itu bukanlah nak mendapatkan mamat jambu cute comel anak-anak ikan dok berdiri kat pintu.

Kami ada misi yang lebih besar lagi yang perlu diutamakan... - MICROFON.
microfon okey.. microfon sebenar dan bukan microfon yang lembut-lembut, gebu-gebu pastu kalau pegang genggam ramas lama-lama microfon tersebut bertukar keras.. bukan microfon tu ya... ni microfon yang sebenar-benar microfon.. - ok! ok! microfon, takyahlah over sangat nak jelaskan nih, macamlah orang tak paham apa ko nak... sudehhhhh...

Jadi mamat jambu cute comel anak-anak ikan dok berdiri kat pintu tepaksalah kami tinggalkan dengan berat hati.. dengan harapan dia tak akan lupakan kami si ratu karuke bersama penyanyi latarnya ini dan sentiasa menyertakan nama-nama kami di dalam doa-doanya..

Kemudian, kami pun teruslah beredar dari kawasan keramaian yang memberi kami kekecewaan dan perasaan-perasaan dull macam nak pitam ke tempat lain pulak. tempat yang tak memberikan rasa kecewa dan perasaan-perasaan dull macam nak pitam, walaupun kat tempat tu nanti tak akan ada mamat jambu cute comel anak-anak ikan dok berdiri kat pintu, tapi tak apa.. sebab kat situ nanti mungkin akan ada bapak ikan.. hahah..

**errrrr, kejap! kejap.. dah pukul 3.28 petang nih, aku nak semayang zohor jap.. kejap lagi sambung balik...
bulehhhhh... dah dekat 3.30 petang baru nak buat zohor... ko memang ahh... durja ningsun.


....
....
....
Ok.. dah siap semayang...
selingan.. sudahkah anda menunaikan tanggungjawab anda kepada ALLAH.... sembahyang lah anda sebelum anda disembahyang kan... ...

ok..

nevermind...

jom kita sambung balik. aku tengah citer pasal apa dah tadi ek.. sampai kat mana dah?
ok! sampai bab Bapak ikan tu ya...
ok! sambung balik....

Kami terus bergerak pantas membelah jalanraya di kepekatan malam sambil-sambil dok besembang mngumpat peserta-peserta veteren pertandingan karuke tu tadi. alangkah baiknya kalau peserta-peserta veteren tu semua masa tu dok kat rumah buat semayang sunat taubat, atau bertilawah bersama anak isteri...
ok! dah... lupakan pakcik-pakcik yang tak memberi sebarang kelebihan kepada hidup anda tu...

Ok! ya kawan-kawan... destinasi berikutnya : Mercu view... yessssss....
kami tiba dengan selamat...

*microfon! microfon!!, terkinja2 kami keluar dari kereta bak orang lapar microfon, rindu dendam pada microfon.. oh!!

Kaunter tempat orang jaga dan menerima tempahan bilik tu kami tuju:
dengan wajah tertanya-tanya, bertukar jadi gembira bila ada berita baik.... "Ada bilik kosong lebih kurang setengah jam lagi"...
wahhhh, abang yang jaga kaunter - terima kasih atas berita baik nih... meh sini nak cium sikit... mmmuuuahhhh... **cium kat cermin je pasal abang tu dok belah dalam, lagi pun muka dia tak lah lawa mana sangat... kalau lawa memang dah pecah pintu masuk serbu nak mmmuuuahhhh sebagai tanda terima kasih**...

Maka...
tepatlah pada waktu yang dijanjikan, bergeraklah si ratu karuke bersama penyanyi latarnya menuju ke bilik yang disediakan...
bilik vip...
diulanggg BILIK VIP hokeyyyyy,

belagak je walaupun tak reti macamana nak guna sistem remote pastu abang yang jaga kaunter tadi tu kena masuk terangkan pulak macamana nak pilih lagu...

abang jaga kaunter: pilih lagu... tekan tu, tekan tu, tekan ni, tekan ni, tekan nun... pastu enter...
aku sambil hangguk kepala : pilih lagu... tekan tu, tekan tu, tekan ni, tekan ni, tekan nun.. pastu enter...

tunggu kejap....
bling kat skrin tv : "FLORA CINTA"...
Yessss... berjaya. tak payahlah abang jaga kaunter tu nak terangkan panjang lebar. Maklumlah ratu-ratu karuke kalau bab-bab nak karuke ni memang cepat pikap... ajar sikit-sikit je pastu terus handal...

Then apa lagi... sebab hanya berdua, maka bergilir-gilirlah si ratu karuke dgn penyanyi latar dia nih mengasah bakat mengeluarkan suara yang tercampak ke longkang hanyut ke laut ni dgn penuh yakin dan konfident...
gilir-gilir ya... masa si ratu karuke tu nyanyi, si penyanyi latar ni berfungsi sebagai penyanyi latar.. dah nama pun penyannyi latar kan.. apalah ko nih...

pastu time si penyanyi latar ni menyumbangkan suara, si ratu karuke tu pulak berfungsi sebagai penyanyi latar... dua-dua memegang fungsi yg sama okey... ibaratnya masa ko jadi top, aku jadi bottom... masa aku jadi top ko pulak jadi bottom...
ah!! ok.. perumpamaan yang agak over dah lucah... jgn bayangkan hal karut marut ya, kami wanita-wanita suci memang tak paham apa istilah top dan bottom tu...
Top??... Bottom??? apa tuuu... sejenis sabun basuh baju kah **sambil buat muka blur*

So!!!...
dengan senang hatinya tanpa mempedulikan penderitaan yg bakal diterima oleh telinga abang yang jaga kaunter tadi dan orang-orang yang berada berhampirannya.. aku terus..
"Seteleh hujan pun berhentiiiiiiiiiiii... flora cinta ku pun bersemiiiiiiiiiiii.. menjadi pepohonnnnnnn... tegak merimbunnnnnnnn.. bayang kasih muuu... ooooooo..."

terus lupa diri, lupa dunia, lupa masa depan, lupa mamat jambu cute comel anak-anak ikan dok berdiri kat pintu karuke j14 tadi, lupa jugak si betis besar yg sexi anak wak sorep.. memekik melolong.. mengepittt... sampai semput....

....

ok!! sekian jelah ya. malas dah nak panjang-panjang... nanti nak sambung yang kat jerantut hari tu pulak...

daaaaa...

p/s: ratu karuke tak puas hati pasal lagu rahim makrop takde.... penyanyi latar over puas hati pasal min malik dgn ayu one in million dia boleh nyanyi...

moral of the story : duit habis 42 hengget... urghhhhhh...






Sunday, November 28, 2010

Bertemu kembali

Cuba ko tengok tarikh terakhir aku buat entri... tu yang kat bawah ada gambar dekja jadi cover intrend tuh... yakni - sunday, june 8 2008.. hahaha, gilalah lama. ok! baiklah... macam lah kau nak kisah sangatkan, sambil keluarkan statment ada aku kisah kau nak tinggal kan belog ko setahun, 2 tahun atau 22 tahun pun. ko yg nak bukak belog. ko punya pasallah...

ok! nevermind...

tetiba aku rasa macam terpanggil **hahah! 'terpanggil' tau... ayat sokmo taknak kalah - ibarat ada suara sayup2 dok menyeru dari atas pokok kekabu"pulangkan! pulangkan!" gitu... tapi dalam panggilan yang versi berbeza sikit dengan nada yang tak seram macam "Bukak belog! bukak belog!"... atau "Tulis belog! tulis belog, yang kau rerajin sangat nak bukak belog tu nak buat hape kalau malas nak tulis-tulis"..

Jadi setelah sekian lama aku cuba nak tangkis (macam main badminton tu) panggilan-panggilan yang tak seram tu, hari ni aku tewasss...
errr... **sambil jeling kiri kanan**... macam over pulakkan.

baiklah.. sebenarnya takde apa-apa @ takde sape-sape yang panggil atau seru pun sampai nak buat ayat ' rasa tepanggil' tu.
yang jadi nak tulis belog hari nih pasal takde kerja nak buat... semua dah siap. boring... sayur-sayur pun dah tanam dah dekat FB tu.. hari ni aku tanam labu je. nanti bila dah besar boleh kutip hasil bolehlah kita buat pengat labu... ataupu jemput labu.. atau pun labu masak lemak...
kerja siap, cucuk tanam siap... so sebab dah takde kerja, nanti orang masuk tengok kata budak nih makan gaji buta je ke.. datang keje dok ngangkang ** pandailah ko kata aku dok nangkang.. aku anak dara sunti tau, tak duduk kangkang-kangkang tok senonoh tu... aku dok simpuh tau. simpuh...**
so, untuk elakkan orang kata aku dok saja-saja besimpuh tak buat keje, baiklah aku tulis belog hari nih. nampak jugak macam body yang bizi. pastu orang masuk tengok akan kata "Wahhh! rajinnya budak ni buat kerja, leka sampai tak sedar aku masuk .. leka lain macam je, betul ke buat kerja.. ntah2 tengah dok downlod citer perang... citer perang cik gayah lawan pedang...
ehh.. tak baik uols buat anggapan gitu... ai tak buat hokey.. download citer perang cik gayah lawan pedang tu semua.. errr..
ok! baiklah..
ada jugaklah aku buat..
tapi kat rumah jelahhh... ko opis ni ko namampos nak kena buang keje buat benda tak sonnah gitu...

ok.
sekian dulu lah utk pembukaan kembali belog kak bada nih... ingat nak masukkan gambar-gambar kak hayu dgn cik julia dgn dek ja tengah meronggeng2 kat koroke jerantut. tapi takpe. kamera, dekja tak bagi lagi.. gambar2 semua dalam tu... nanti akak masukkan semula hokey..

akak nak downdload citer perang cik gayah lawan pedang kejap..
ehhh!! bukan.. citer cik gayah tgh mengaji mukaddam...
hah! baik tak aku..