iklan.. rajin-rajin lah klik kat sini ya

Friday, December 10, 2010

Mari belajar jadi pomem dgn kak badariahmukelisan

Sebenarnya kak bada dalam proses nak merajuk dengan budak betis besar sexi tu...

Ntah.. bukan ada kes besar mana sangat pun... alasannya cuma dia tak beli bawak balik popia yang ai nak hari tu... **ko rasa macam nak lempang tak, pasal popia je pun dah buat perangai konon nak merajuk tunjuk muka tarik muka...

Oh ya lupa nak cakap, si betis besar sexi tu ada balik semalam. konon balik nak mancing musim2 hujan nih... tapi ai peduli hape ko nak balik mancing ke, nak mengail ke nak menuba ke, atau nak bawak bot pukat tunda laut dalam ke...

Hari tu masa dekja pegi johor adalah ai nak kirim kat dia suruh beli popia johor yang omaigod hebat tu.. yang inti pakai isi otak-otak....
bukan otak ya... - otak-otak... popia otak-otak...
kalau otak tu, zombi kampung pisang je suka makan...

ai nak kirim kat dekja, tapi si betis besar sexi tu kata macam - tak yah suruh dekja, biar dia je beli nanti sebab dia tahu kat mana kedai yang jual popia hotak-hotak yang hebat, kat kempas..
kat kempas kot... kat johor ada kawasan nama kempas kan?... ai pun tak tahu. kot-kot dia propa je, ai pun propa jugaklah nih...
so kisahnya ai pun tak jadi kirim kat dekja pastu dekja pun beli untuk diri dia sendiri je, pastu masa dekja nak goreng panggil ai makan sekali kat rumah dia, ai pulak yang makan paling banyak... ah! dah dekja tu kata makanlah! makanlah! makanlah!.. ai makanlah. lagi pun, sape suruh popia tu omaigod sedap sangat...

gitulah..
dahlah ai tak jadi kirim kat dekja masa hari tu. Tup! tup! semalam dia balik tak bawak pulak dengan keluarkan dialog "Alamak!! popia... lupa nak bawak balik.. lain kali lah ya?"...

So! wajar kan ai nak merajuk... alasan yang kukuh lah tu kan..
macam pompuan tengah bunting pastu mengidam nak makan macam-macam bendalah pulak.. kesian baby ai kempunan... **sambil gosok-gosok perut bunting 2 setengah bulan**.

rasa macam nak mintak cerai je. tapi mana baik isteri-isteri mintak cerai kat shuami... tuhan tak suka... jadi tindakan yang terbaik - merajuk jelah.. ko macam over nak kena lempanglah kalau bab popia pun sampai nak mintak cerai berai... ko hingat ko lawaaaa... **sambil tunjal-tunjal jari telunjuk kat dahi belah kanan sampai tersenget-senget kepala***

tapi ntahlah. pasal popia pun nak merajuk nak berjauh hati nak bawak diri kekonon. tak tahulah. mungkin faktor usia.. maklumlah nak memasuki alam remaja nih, senstipp je jiwa ai sekarang... ohh!!... perlukan ai minum susu enlin... **motippp**

tapi walaumacamanapun kak bada tu tetaplah kotegori ponen gatai cekpik...
merajuk pun dengan diri sendiri je macam makan hati sebab dia lupakan kak bada masa dia dok kat sana... merajuklah kononnya kan.

baiklah. tak sempat merajuk pun sebenarnya, baru je rancang nak merajuk ke tak nak, nak merajuk ke tak nak, nak mintak cerai ke tak nak, nak mintak cerai ke taknak pastu tetiba je pagi tadi dia tepon macam nak ajak ai teman kan dia keluar...

ai pun serta merta "OKEYY!!"... dengan muka bercahaya, mata bercahaya terus lupa pasal popia, pasal merajuk dgn pasal nak mintak cerai... gatai cek pik ko kan.... gatai cek pikkkkkkkk...
-okey... mari kita lempang kak bada secara berjemaah sekarang-... ponen ayam tua gatai cekpik..

haaaaa...
sebut pasal siang tadi kak bada keluar merayap dengan si betis besar sexi tu, tetiba ai rasa macam terpanggil untuk ajar semua perempuan di luar sana bagaimana untuk tukar tayar. sebabnya, kat hiway tadi tayar kete dia pancit.. jadi ber'dating'lah kitorang kat tepi hiway disaksikan pengunjung-pengunjung hiway yang lalu lalang, lalu macam lalang... iyelah. pengalaman indah yang ngeri... atau pun pengalaman ngeri yang indah...

Walaupun perempuan never ever akan tukar tayar sendiri kalau ada kehadiran lelaki sekali, dan even kalau takde lelaki sekali pun, still never ever tukar sendiri sebab akan jadi mengada gedik dan terus call siapa-siapa (kebarangkalian tinggi jantina lelaki juga) untuk datang dan tolong. Tapi still, haruslah belajar menjadi independent woman. Kalau taknak belajar kerja lelaki, takyah sibuk minta hak sama rata apa jadah. pahammmm ko pompuan...

ponen-ponen pun terlibat samalah. walaupun selalu nak tunjuk sifat semula jadi yang sopan santun, ayu lemah gemalai... tapi sesekali kena tunjuk jugak sifat-sifat semulajadi dari sisi yang lain pulak. yang gagah perkasa, body sasa bersama sixpax kat perut... jangan malu-malu meningsing lengan baju menunjuk urat-urat biru hijau yang berselirat kat lengan uolss tu.. uolls pun kena belajar cabut & tukar tayar kereta jugak tau... ni kalau bab cabut & tukar seluar shuami bukan main pakar lagi nih. tak sedar masa bila bukak kancing, bukak zip.. tetiba je dah selesai.. memang handal... biasa dia nih..

Walaupun ai sendiri pun takde lesen dan tak pernah drive sendirian... okey, penah jugak bawak sendiri sampai ke rumah arwah pak sarip kat hujung simpang nuh.

tapi telah dibaling ke dalam situasi di mana tayar kereta pancit, yang mana yang melibat dalam kejadian kali ini ialah sibetis besar sexi dah diri ku ini sendiri. Sudah tentulah yang memainkan watak utama sebagai pencabut tukar tayar tu, si betis besar sexi tersebut yang dibantu oleh si backup vokal iaitu ai yang tolong sikit-sikit mana yang patut dan mampu... tapi yang lebih banyaknya hanya 'tolong pandang je' sambil-sambil mengusha mat-mat motor yang lalu lalang kat situ...

Namun nasib tidak selalu menyebelahi diri kita kan.. mungkin satu masa ai akan pandu sendiri kereta kat hiway sebab hujung tahun ni dah stat nak ambik lesen. pastu tetiba je terjadi lagi kejadian tayar pancit, haha... kebetulan pulah kredit habis ke, bateri hanpone kong ke... so, yang akhirnya mencampak diri dalam situasi kena tukar seniri tayar kete... jadi apa kata kalau kita sama-sama belajar menukarnya...

Jadi kini ai akan ajar langkah senang nak tukar tayar. Sematkan dalam hati, nanti suami uolss balik, uolss dah boleh berlagak - ai dah pandai tukar tayar.
Suami: Eh bila tayar you pancit?
Isteri: Tak lah, ai belajar kat belog kak bada.... Hoh.


Mari Belajar Cara Tukar Tayar!


1. Langkah pertama, uolss perlukan tayar yang pancit. kalau tak de tayar pancit tidak perlulah uolss bersusah payah nak tukar. Ini bukan macam spender nak kena tukar selalu. atau pun macam kak ayu yang selalu tukar laki macam tukar baju ya.

Untuk mendapatkan tayar yang pancit, uolss bolehlah ikhtiar sendiri.. contohnya menyusun papan yang terpacak paku tertegak ke atas di atas jalanraya dan gelekkan tayar kereta ke atasnya. Atau pun lagi satu cara untuk pancitkan tayar ialah jadi seorang guru dan buat anak murid bengang. hahah, kalau bernasib baik uolss akan dapt pekej lengkap bukan semata-mata tayar kena pancit, dengan dinding-dinding kreta sekali dapat habuan calar balar.... Boleh cuba juga kalau berani.





2. Langkah dua, setelah dapat bentuk tayar yang diidamkan, uolss perlukan Jack dan juga Jill. Keropok untuk makan sambil tengok suami uolss tukar tayar. Kalau takde suami, uolss perlukan jack sahaja.




3. Langkah ketiga, loggarkan skru pada bahagian tayar dulu (guna wheel brace), kemudian masukkan jack bawah kereta berdekat dengan tayar. Pusing batang jack tuh clockwise supaya kereta ternaik. Kena estimate ketinggian sehingga uolss rasa, tayar baru (yang bulat dan penuh angin) muat untuk direplace.





4. Langkah empat, buka terus semua skru dan keluarkan tayar. Ambil tayar spare dan pasang.




5. Langkah lima, untuk memasang tayar spare uolss perlukan pertolongan orang lain... tapi kalau sorang-sorang pun tak jadi masalah jugak, tapi uolss kena bersenamlah kat situ sorang2 sebab nak kena balance tayar dan pada masa yang sama nak kena ketatkan skru. Gigih.


6. Langkah 6, dah habis ketatkan skru, maka habislah proses pemasangan tayar.
Tapi jangan eksaited sangat sampai tak sabar-sabar terus drive nak belah dari situ sebab tak sabar-sabar nak melupakan kenangan pahit dan tak sabar-sabar jugak nak lupakan tempat jatuh lagikan dikenang apatah lagi tempat tukar tayar kereta.
Ingat, uolss kena cabutkan jack dan simpan peralatan dulu. Selesai semua, make your way to the nearest kedai tayar untuk beli tayar baru atau tampal tayar.


7. Langkah 7, bolehlah uolss open table dengan geng-geng ponen yang lain sambil gebang pergh aku dah boleh tukar tayar kereta sendiri pergh pergh dah tak perlukan cik jants dalam hidup perghh


Nota tambahan:
Warning! Bila tayar pancit, jangan cuak, drive slow-slow ke bahu jalan. Bahaya sebenarnya duduk melepak kat bahu jalan, tapi kalau duduk melepak kat tengah jalan adalah lebih bahaya lagi melainkan kalau uolss memang dah tak sayang nyawa pastu sebenarnya dalam perjalanan nak bunuh diri kat jambatan, tetiba tak jadi sebab tayar pancit....

kalau dah duduk kat bahu jalan yang aga-agak macam dah selamat, uolss kena letak menatang apa ke jadah ntah nama dia yang bentuk tiga segi merah reflect cahaya tuh sejauh 50 meter dari belakang kereta uolssa. Kalau takde benda tuh, gunalah dahan2 pokok ya.

Memang pengalaman antara hidup dan mati duduk tepi kereta dekat bahu lebuhraya yang ruang dia agak sempit. kumat-kamit mulut berselawat bersyahadah sambil cabut skru tayar. Tapi takpe sebab ai ada sama-sama dengan yu... kalau kena kita sama-sama kena kan.. cinta sehidup semati gitulah kononnya....
**jom sama-sama kita lempang muka kak bada sekali lagi**

okeylah.. sekian sahaja sesi pembelajaran cara-cara nak cabut dan tukar tayar kereta kali nih... kalau ada masa, nanti ai ajarkan cara nak cabut dan tukarkan seluar laki@shuami pulak ya.... eerrrr.. tapi uols dah handal bab tu kan???...

Thursday, December 2, 2010

Diari Karuke raya...


Walaupun aktiviti karuke di malam raya bukanlah satu keperluan sebenarnya - ditambah lagi dengan mendapat berita tentang si betis besar sexi, anak wak sorep nak datang rumah malam tu sebab nak hantar daging rusa, niat aku untuk berkaruke yang dah tak berapa nak kental mula menjadi semakin berbelah bagi... ibaratnya kalau kau nak pergi pergi lah biarlah aku dok kat rumah berfungsi sebagai surirumahtanggasepenuhmasa.... gituhhhhh

tapi itu tidak berlaku ya.. jadi apa yang berlaku?
mari kita teruskan ke kronologi cerita yang berikutnya::

setelah perbincangan sesama kami, sambil makan dadih perisa troberi, maka kata putus dah di ambil dengan sebulat suara tapi masih jugak dalam keadaan tertanya-tanya...
Keputusannya - tak jadi pegi jerantut, sebab giler jauh macam tak berbaloi pegi sebab semata-mata nak nyanyi - nanti masa habis kat atas kete je... So, kami bertindak membuat pilihan yang lain pula yang lebih dekat dah lebih tidak menghabiskan masa di atas kete, iaitu memilih utk berkaruke di j14 sahaja.

Baby telefon tanya keputusan - dia dah booking bilik - kesian dia bersungguh nak dengar suara-suara kami ratu-ratu karuke, bersama penyanyi latar dan artis-artis jemputan sekelian - tapi aku reka cerita kat dia cakap cik julia dah nak balik kolumpa esok pagi-pagi so tak dapatlah pegi jerantut sebab jauh... bab-bab propa serah kat kau...

fine, jawab baby dengan kecewa - kot...

Si betis besar sexi pulak telefon. aku terujaaa. teruja macam dah lama sangat tak dengar suara, ibarat sehari bagai setahun lamanya.. tapi macam biasa sebagai seorang kakak yang selalu bertindak mengutamakan hadek-hadek lebih dari shuami, dengan nada yang agak berbelah bagi terus tak bagi dia datang lagi sebab kitorang nak karuke dan tak tahu nak balik pukul bape. gitulah lebih kurang aku cakap kat dia -
okey, dia akan datang esok..
okey aku pun mula tak sabar nak tunggu esok...
okey kak bada gatai cek pik.. gatai cek pikkkk...

Malam - fuad telefon suruh siap sedia - dia dah on da way nak ambik hanak-hanak hayam untuk dijual di pasar gelap.. ehh!! takkkk... tak baik kitorang pompuan beriman dan betawakal kepada tuhan... bersiaplah asah mana-mana yang patut sebab suara anda bakal akan disumbangkan.. "Ready!!" kata fuad... "Okey" aku jawab..

aku telepon dekja suruh siap pakai mekap mana yang patut, fuad dah nak sampai, dia kata dia nak mandi.. okey, fine mandi sekarang dan aku tunggu ko kat rumah kak ayu..

Masa berlalu.. fuad sampai... kak ayu dan cik julia dan siap bak artis.. tapi dek ja tak sampai lagi. gila lama mandi, mandi wajib ke hape nih... sampai fuad boleh rasa macam nak terberak balik semula kat rumah dia dan berak dulu, tapi dek ja tak jugak sampai-sampai...

kemudian termuncul muka dekja. dari arah rumah dia, pergi rumah aku.. - keadaanya - MASIH BERKAIN PELIKAT - arghhhhhh histeria.
sawan hilang ingatan ke hape pompuan tu.

Aku pun terpaksa keluarkan suara soprano jantan menjerit "WOIIIIIII".. dekja teperanjat terus menuju tempat kami tunggu kat depan rumah kak hayu...

"Mu tak jadi pegi ke?"

lepas tu boleh dia jawab macam - laaaaaaa, aku ingatkan Fuad tak sampai lagi..

bulehhhh!!

hanginnnn je!!!!

dah dari tadi orang telefon suruh siap, tetaaapppp nak tunggu fuad sampai dulu baru nak siap.. ko memang ahh... kejap lagi nak memekap tu ambik masa dekat 2 jam pulak...
dahh.. pegi balik sekarang.. besiap...

Dekja balik semula... fuad sampai semula... aktiviti tunggu dekja terus disambungkan ke episod berikutnya...

malas dah aku nak cerita pasal tungu menunggu, sambil sembang dgn uma verta diganggu pulak dgn kehadiran nel nak balik janda baik. jadi disebabkan kemalasa tu, aku akan teruskan ke destiansi pertama...

okeyyy... mari kita pendekkan cerita terus ke destinasi pertama...

destinasi pertama?.. bunyi macam banyak destinasi je.

ya.. tapi tidak lah terlalu banyak destinasi sebenarnya sampai menunjukkan tempat sini ada puluh-puluh pusat karuke ibarat cendawan baru tumbuh lepas hujan.. tak.. ... tapi, teruskan membaca.untuk keterangan lanjut..

Destinasi pertama:
Kedai karuke kak rose... J14...
Kami sampai pukul bape ntah... suasana tak meriah macam selalu-selalu dihiasi lampu-lampu hiasan berwanawani... malam tu ada jugak lampu, tapi tak adalah yg wanawani tu. agak sunyi dan lengang senang nak cari parking tak macam selalu.. dan ada beberapa manusia muda belia (dan agak kendu jugak) kat situ...

"Nak nyanyi ke?" tanya manusia muda belia dan agak 'kendu' kepada kami sebelum kami sempat bertanya dan hanya memerhatikan ke bahagian pintu kedai karuke yang tertutup...

"Ha-ah.. kami lapar microfon ni. Lapar microfon. kedai tak buka ke" tanya fuad pulak mancari kepastian..

"Tak bukaklah, aku pun nak nyanyi jugak - lapar microfon jugak - tapi microfon betullah - bukan microfon yang sejenis lagi tu sebab aku bukan ponen macam korang - dah telefon meran - tapi dia tak de - ni tengah dok tunggulah kalau ada yang datang bukak - bla! bla! bla! yida! yida! yida!" manusia muda belia tersebut memberikan penjelasan sejelas mungkin takut kami tak paham ke hape ntah tujuan dia, padahal kalau dia kata "Kedai tutup", terus je kami paham tak payah bagi penjelasan panjang lebar pun tak apa.

kami kecewa.. tapi, fine, ni malam raya jadi budak yang jaga kaunter tukang jaga dan bukak kedai tu dimaafkan sebabnya dia pun nak cuti. apa kes nak layan orang nyanyi sampai dia tak boleh nak beraya kan...

kami memandang sesama sendiri.. dengan perasaan tak best dan hati yang terpatah-patah... kalau layan si betis besar sexi yang nak datang ke rumah aku tadi macam lebih baik pulak...

Walaupun hati terpatah-patah, kami tak putus harapan... jangan ko ingat ko tutup kedai, kitorang dah tak boleh nyanyi.. siap ko.. aku cari tempat lain pulak. patah tumbuh hilang beganti laa.. ko jangan belagak.. **okey tiba-tiba teremo**

nevermind..

kami ikhtiar lagi...

destinasi kedua...
Pusat karuke mercu view...

ketibaan kami jugak disambut dengan suasana sunyi... malah lebih sunyi berbanding kedai kak rose j14 tadi...
dan lebih malang lagi tak ada manusia muda belia dan agak 'kendu' yang mahu terangkan keadaan sebenar yang berlaku di situ... namun begitu, kami tetap faham dan saling memahami sesama sendiri - TUTUP jugak... sigh... sigh...

kecewa kali kedua... hati yang tadi dah terpatah-patah kepada beberapa bahagian terus patah lagi menjadi bahagian yang kecik-kecik pulak sehingga sukar disambung lagi... ok fine, over dan emo..

so.. apa solusi ke seterusnya.. tak ada lagi tempat melalak yang tinggal... yang open kat J6 tu pun dah habis kena hangkut barang pasal dengki adik beradik.. .. sigh lagi.

lalu, bergeraklah kami tanpa hala tuju yang pasti... semuanya tak pasti sehinggalah fuad bagi keputusan mengejut lebih kurang macam. - KITA PERGI JERANTUT -... hah?? ko bia betul dah lewat nih... ya puan-puan sekelian. jerantut jugak akhirnya..

keputusan drastik dibuat..
"Dekja.. call baby, suruh booking bilik jerantut".. arah fuad layak ketua operasi..

dekja betindak.. telefon baby - bincang dgn baby.. bincang-sembang-bincang-kenapa - tadi kata tak jadi - sape kata tak jadi - dekja handal propa-bincang-bincang... akhirnya baby booking bilik sekali lagi... cuba ya... belum dapat booking lagi sebab tadi dah kensel... okeh. mari kita sama-sama merasa kasihan untuk baby. dan berterima kasih kerana usahanya yang gigih.

kami terus bergerak ke jerantut walaupun tak ada jawapan yang pasti lagi tentang dah dapat bilik ke belum... tapi takpe, tawakal jelah walaupun sebenarnya takde sape pun tahu jalan nak pegi jerantut..

ok! tak!! ada sorang yang tahu... dek ja... dia selalu ke sana sebagai cekcur... ngeee...

Baby telepon... berita baik... bilik ada... yeeessssssssss... cepat datang... baby dah bayarkan separuh harga..
OMG baiknya wanita tu... tentu dia akan kecewa bila artis-artis yang dia nak taja ni semuanya bersuara ala-ala tercampak ke longkang hanyut ke laut.. kecualilah suara fuad bila nyanyi lagu usang - gempak... dan suara dekja bila nyanyi lagu curiga - hebat... dan suara kak ayu, dan juga suara cik julia.. semuanya hebat-hebat persis mutiara... so, kalau semua suara dah hebat-hebat, suara siapa pulak yang ala-ala tercampak ke longkang hayut ke laut itu.. errrrr... errrr.. hehhehehe.. sayaaaa **sambil angkat tangan macam budak sekolah tadika masa cikgu panggil nama dia** ohh!! malunya ai...


so! destinasi berikutnya
Sinaran - errrr, bukan suruh nyanyi lagu sinaran shila majid ke hape ke... tapi nama tempat karuke tu - SINARAN... kat jerantut..

Tempat karuke yang baby temui tu best... I mean sangat best... aku kategorikan dia sebagi best tu bukanlah sebab sound sistem dia yang bagus, atau microfon dia cantik ke, atau ada disediakan set meja buffet yang penuh makanan ke.. semua tu biasa je.. tapi yang buat jadi bestnya sebab kat situ penuh dgn cik jantsss - cik jantsss yang meletop yang menunggu giliran...
jangan salah paham pulak... yang menunggu giliran tu pulak bukanlah mereka tengah menunggu giliran untuk mendapat khidmat dari kak ayu, atau pun cik julia, atau pun dekjaa... tapi opcoz lah tengah tunggu giliran nak ambik bilik nak nyanyi sebab masa tu bilik semua berisi... paham kan...

Yeah!! malam yang sangat enjoy menyanyi menari meronggeng sampai tak sedar kak ayu dah dilarikan @ melarikan diri bersama cik jantss yang ada kat situ.. uhhhh... gatal cek pik ko kak ayu... gatall cek pikkkk...


okey... untuk episod berikutnya, jom kita tengok gambar je ya nokk...:



ini adalah gambar kak ayu hidayat sebelum dapat pegang microfon... sungguh suci dan sungguh mulia persis mutiara kelihatannya. ntah nak control ayu sebab kat luar sana tu ada berderet-deret cik jants...
atau pun dia memang betul-betul sakit gusi sebab gigi baru nak tumbuh ke hape ntah sampai senyum pun nampak macam tak bermaya...
hhhhmmmm, aku lagi suka pilih andaian yag pertama tu... pasal cik jants ...



sebab apa aku suka pilihan andaian yang mula-mula - sebabnya adalah seperti berikut:

Beginilah gayanya bila dia berjaya memegang microfon... errrrrr, ada gaya macam orang sakit gusi baru nak tumbuh gigi tak...



Dan seterusnya dia mula naik minyak menjadi seperti ini:

Sakan...




Dan terus jadi hilang ingatan ke hape ntah:



Dan terus menjadi seperti lupa kesakitan, lupa jantan, lupa diri, lupa dunia dan lupa masa depan:

Dekat Facebook dekja, Cik rinie komen kak ayu dan macam tengah menurun panggil Syaitonn.. gulp!! Ah! tak ada apa nak dihairannkan... dia kan anak didik nenek kebayan yang bila malam mengambang terbang naik vakum keliling awan mencari cik jantss... Oh kak ayu.. U R my idol.. diva divana.. cepat sembah daulat ratu segala ratu....




Dekja berbakat besar tapi selalau nyanyi macam picing lari tersalah note ke hape ntah... pakej ziana zain tu dia dah ada, suara kepit lemak merdu Ning baizura...



Yang tengah-tengah tu penyanyi utama... yang baju lengan coklat tu syarikat penaja... yang baju hitam dua-dua sekali tu artis undangan... dan yang pakai kain key atas kepala tu pengurus artis... okeyy!! pakej tak berapa nak lengkap sebab penyanyi latar tak ada sekali... penyanyi latar terpaksa menjalan tugas sebagai cameraman... dan backup dancer pun tak ada jugak..




Cik Julia pada mula membuat persebahan yang lebih stabil dengan emosi yang lebih stabil selepas ter'emo seketika melepaskan tekanan bergoyang gelek ronggeng bersama kak ayu - seperti gambar yang ke2 ke3 dan ke4 di atas...




Kombinasi yang tak berapa nak stabil tak tahu nak mengkategorikan baby tengah dok nyanyi lagu yang irama macamana... sebabnya cik julia seperti menari irama melayu zapin, semm menari gaya pop.. dak dekja menari gaya balada... sementara fuad hanya sempat menunjukkan tangan di bahagian hujung gambar...




Dekja pula mula melepaskan geram menari jadi tak jadi gitu... semangat dah ada, tapi masih ditahan-tahan perasaan geram...




Dan setelah di cuba berkali-kali, semangat yang dtahan-tahan mula dekja lepaskan seperti melepaskan batuk ditangga... tapi tahap emosinya masih mampu dikawal dgn bijaksana..





Cik Julia kembali dilanda emosi yang tidak stabil...




dekja: lagu duet ni aku nak nyanyi sorang-sorang... akau nak jadi awi, aku jugak nak jadi ziana.. microfon dua-dua aku kena pegang...

Cik julia: tepaksa terima dengan pasrah *sambil posing dengan gaya dysabel baru dapat kaki...





Baby: Errr, lepas ni kita nyanyi lagu duet pulak nak. You pilih lagu apa..
Fuad: lagu usang, kita duet, tapi you jadi suara latar je.. tak pun you buat bunyi gitar je...
**ko tak habis-habis lagu usang kan**




Muka-muka penat dan manja masih kelaparan 'microfon'...





Fuad dapat dulu... yang lain menanti dengan sabar...





Begitulah kisahnya.... sekian..




Ehhh!! ada satu gambar lagi:


Begitulah kisahnya... sekian...



Wednesday, December 1, 2010

Karuke malam raya (episod 1)

Citer karuke lagi...

okeh! sepatutnya cerita yg ni dah diceritakan masa hari tu lagi dah.. sebab kisah ni berlangsung masa raya haji hari tu.. tapi disebabkan cerita kali ni perlu dihiasi jugak dengan gambar-gambar hiasan wanita-wanita cantik.. dan gambar-gambar wanita cantik itu pulak hanya boleh dimiliki setelah pemilik camera yang juga salah seorang dari wanita cantik yang terlibat yakni dekja ketika dia betul-betul free... jadi.. baru lah sekarang cerita ni dapat Ai sampaikan kat yu.. sebabnya dekja dah free... dan cameranya dia dah bagi ai utk uploadkan gambar-gambar yang terlibat dalam lappy milik Ai nihh... errrr, bukan milik Aini.. Milik Ai... milik aku... **okey-okey jgn over orang dah paham dah**...

Jadi disebabkan memori aku terhadap cerita yg akan aku sampaikan ni dah makin pudar terperosok dekat fail memory yg paling hujungggggg sekali sebab dah lama pun ia berlalu... mungkin akan ada antara cerita-cerita yang bakal kau baca lepas ni telah ditokok tambah bahan perisa, gula garam, ajinomoto dan juga serbuk lada sulah pada kadar yang secukup rasa.. okey, aku janji hanya secukup rasa jelah. kalau kau nak tambah mayonis lebih boleh lah ko cakap masa order... err

Baiklah...
Aku pun tak tahu hal yang sebenarnya samada kak ayu hidayat tu memang ada skandal dengan boss ke, hape ke sampai membuatkan aku jeles *sikit jelah* pasal dia dapat cuti raya haji baru ni agak lama jugak... lama jugaklah kalau nak bandingkan dengan aku dan dengan puad yang dapat cuti sari je, pastu kena isi borang mohon cuti tahunan tambah sehari lagi bagi jadi 2 hari supaya boleh beraya di raya pertama dan raya ke 2... Kak Uma apatah lagi sebab pagi-pagi buta raya ke2 dah kena balik kolumpa semula dah sebab dah kerja... dia takpe, sebab dah dicutikan dulu dah beberapa hari sebelum raya tu...

tapi anak wak sorep yang berbetis besar sexi tu pun dapat cuti agak lama jugak...
apakah ini bermakna dia jugak ada skandal dgn boss...
ehh!! janganlahhhh...
janganlah nak kacau bilaukan fikiran aku macam tu... dia tak.. dia baik.. dia setia pada yang 1 iaitu aku...
**okehhh diam kau pondan perasan**

Oh ya lupa nak bagitahu, raya haji tahun ni... kita-kita nih dikunjungi oleh tetamu jawa yang nak merasa macamana gayanya beraya kat sinih kan... sepupu kak ayu je pun... tak payahlah korang muka teruja sangat walaupun dia memang pompuan cantik ala-ala Linda On...
dan ada jugak sorang lagi sepupu kak ayu beraya kat sinih dan nampak gayanya macam nak menetap kat sinih terus...

perut dia,, uihhhh... sexi U... gulp! gulp! dekja tertelan air liur... walaupun rupa parasnya yang agak ala-ala gitu, tapi taklah teruk mana sangat... dan kak ayu kata perangai dia tak berapa nak senonoh suka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lembu-lembu korban sempena raya haji... tapi kehadirannya di muka pintu rumah jemi dengan tidak berbaju menayangkan perut sexi serta-merta bisa mengaburi mata terhadap kekurangan-kekurangan lain yang diceritakan terhadapnya...
dah! dah! dah!!!!... jangan nak merepek meraban citer pasal cik jants pulak kat sini ya walaupun perut dia memang kempis sexi...

Kak hayu yang mengkhabarkan akan balik masa sebelum raya bersama cik julia terus menjadi objek 'kepulangan yang dinanti' di hari sebelun hari raya itu sambil-sambil berborak mengumpat dengan Uma Verta kat tangga rumah dia, sambil-sambil anak mata dok mengekor je sepupu kak Hayu hidayat keluar-masuk-keluar-masuk rumah jemi dengan tak berbaju menayang perut...
ok cukup..

walaupun setelah penat ditunggu-tunggu, objek 'kepulangan yang dinanti tu', bermula dari hari sebelum raya tapi tak jugak sampai-sampai objek tersebut.. sesat ke hape pompuan rambut kobis tu..
tapi dek kerana seronok berbual sembang ngumpat dengan Uma Verta yang dah lama jugak tak jumpa, sambil-sambil menunggu sambil mengusha sepupu kak ayu perut sexi, rupanya tanpa sedar kami telah menunggu begitu lama sehinggalah tengahari hari raya (iaitu keesokan harinya)... barulah kak ayu hidayat itu tiba.. dengan selamat... dan sihat... dan sempurna sifat tak ada anggota badan yang tertinggal atau pun tercicir merata-rata...

dan marilah kita tanamkan sifat malas bercerita tentang perihal raya kat rumah uma berta kerana dia begitu bergembira teruja sampai terbesar-besar dan cerah bijik matanya melayan kehadiran lakinya (opssssss)... @ skandalnya pada satu masa dulu. sehinggalah dia melupakan kehadiran watak-watak rakannya yang berada di sekeliling, apatah lagi watak cik julia yang datang dari kejauhan nak beraya kat sana...
tapi tak apa...
kami semua memang faham perasaan bahagia hati perempuan yang hidup berjauhan dengan shuami tercinta, tiba-tiba owh!! dapat bertemu di hari yang mulia hari raya... tacing macam lagu kepulangan yang dinanti.. walaupun watak untuk objek 'kepulangan yg dinanti tu' telah diberi kepada kak ayu hidayat - si wanita berambut kobiss...
tapi takpe.. tak pe.. aku paham sebab aku pun lalui hal yang sama jugak pada hari raya itu... Oh!!

ehhh!! aku malas lah nak tulis panjang-panjang nih **sape yang suruh ko tulis panjang?** sebabnya cerita ni dah berminggu-minggu berlalu jadi aku dah lupa jalan ceritanya secara teratur...
jomlah kita buat kronologi cerita secara terus... atau buat sinopsis je... buleh kan...

baiklah kita terus ke kronologi cerita ikut point ya....

- ntah pukul berapa - ketibaan watak-watak tak utama - beberapa orang wanita jadian terus menuju ke rumah kak ayu hidayat dengan tujuan nak raya - watak ni datang dari rumah sero.. adik ipar sero ke hape ntah hubungannya dengan sero...

-kak ayu hidayat, aku dan cik julia dan fuad terus ke rumah kak ayu hidayat sebab nak meraikan watak-watak wanita jadian yang tiba-tiba muncul tanpa diduga-

-di hidangkan dengan potongan-potongan jambu batu bersama serbuk asam boi resepi ciptaan mijah yang omaigod sedap sampai aku lupa ntah berapa potong aku makan - dihidangkan juga dengan soto wak ju @ ucu yang memang terkenal sedap - tapi takde sape nak hidang so kalau nak makan kena pegi ambik sendiri kat dapur.

- dekja takde kena hantar daging korban ke merata-rata tempat... tapi muncul jugak akhirnya dengan keadaan yang tak ada rupa orang nak beraya langsung.. samaada dia rasa raya haji memang tak ada kepentingan sangat atau pun dia memang lupa hari tu hari raya...

- makan, makan, makan, mngumpat, makan, mengumpat, mengumpat, makan makan ketupat..

- baby - salah seorang wanita jadian yang muncul tiba-tiba bagi cadangan nak karuke - kat jerantut - ok fine - giler jauh nak nyanyi di hari raya - kalau dekat-dekat sikit apa salahnya - jadi cadangan tersebut macam tak berapa nak diterima pakai oleh otak...

- tiada sebarang keputusan rasmi dibuat terhadap cadangan itu. hanya keputusan tak rasmi - aku? okeh... engkau? okeh...

- majlis bersurai tanpa sebarang keputusan rasmi yang muktamad.. keputusan rasmi tak muktamad pun takde jugak.

- jawapan masih dibiar tergantung-gantung sampai ke petang pegi beraya kat rumah aku pulak.

- kak ayu hidayat macam takde semangat pasal sakit gusi, gigi bongsu baru nak tumbuh ke hape ntah - membuatkan harapan untuk karuke ke jerantut makin pudar sinarannya.

- tetiba ada berita menerujakan si betis besar sexi, anak wak sorep nak datang hantar daging rusa mintak tolong siang dan buat rencah-rencah sebab nak di BBQ kan - terus niat untuk memenuhi undangan karuke ke jerantut bagaikan mencurahkan air ke daun keladi (relevant tak peribahasa nih)

- keputusan lain pulak di buat - rancangan lain pulak direka cipta - kansel jerantut - pegi bandar pusat je....

- tunggulah apa akan terjadi ya, diepisod seterusnya - aku dah penat menaip tengah-tengah malam buta ni - dah ngantuk campur pening kepala - so better stop dulu...


- kalau nak tahu apa yang jadi pada rancangan karuke malam raya kami... nantikan kami diepisod seterusnya - karuke malam raya episod ke dua - lebih menarik bersama gambar-gambar bukti dan lain-lain lagi....

okehhh... besambung...