iklan.. rajin-rajin lah klik kat sini ya

Friday, December 10, 2010

Mari belajar jadi pomem dgn kak badariahmukelisan

Sebenarnya kak bada dalam proses nak merajuk dengan budak betis besar sexi tu...

Ntah.. bukan ada kes besar mana sangat pun... alasannya cuma dia tak beli bawak balik popia yang ai nak hari tu... **ko rasa macam nak lempang tak, pasal popia je pun dah buat perangai konon nak merajuk tunjuk muka tarik muka...

Oh ya lupa nak cakap, si betis besar sexi tu ada balik semalam. konon balik nak mancing musim2 hujan nih... tapi ai peduli hape ko nak balik mancing ke, nak mengail ke nak menuba ke, atau nak bawak bot pukat tunda laut dalam ke...

Hari tu masa dekja pegi johor adalah ai nak kirim kat dia suruh beli popia johor yang omaigod hebat tu.. yang inti pakai isi otak-otak....
bukan otak ya... - otak-otak... popia otak-otak...
kalau otak tu, zombi kampung pisang je suka makan...

ai nak kirim kat dekja, tapi si betis besar sexi tu kata macam - tak yah suruh dekja, biar dia je beli nanti sebab dia tahu kat mana kedai yang jual popia hotak-hotak yang hebat, kat kempas..
kat kempas kot... kat johor ada kawasan nama kempas kan?... ai pun tak tahu. kot-kot dia propa je, ai pun propa jugaklah nih...
so kisahnya ai pun tak jadi kirim kat dekja pastu dekja pun beli untuk diri dia sendiri je, pastu masa dekja nak goreng panggil ai makan sekali kat rumah dia, ai pulak yang makan paling banyak... ah! dah dekja tu kata makanlah! makanlah! makanlah!.. ai makanlah. lagi pun, sape suruh popia tu omaigod sedap sangat...

gitulah..
dahlah ai tak jadi kirim kat dekja masa hari tu. Tup! tup! semalam dia balik tak bawak pulak dengan keluarkan dialog "Alamak!! popia... lupa nak bawak balik.. lain kali lah ya?"...

So! wajar kan ai nak merajuk... alasan yang kukuh lah tu kan..
macam pompuan tengah bunting pastu mengidam nak makan macam-macam bendalah pulak.. kesian baby ai kempunan... **sambil gosok-gosok perut bunting 2 setengah bulan**.

rasa macam nak mintak cerai je. tapi mana baik isteri-isteri mintak cerai kat shuami... tuhan tak suka... jadi tindakan yang terbaik - merajuk jelah.. ko macam over nak kena lempanglah kalau bab popia pun sampai nak mintak cerai berai... ko hingat ko lawaaaa... **sambil tunjal-tunjal jari telunjuk kat dahi belah kanan sampai tersenget-senget kepala***

tapi ntahlah. pasal popia pun nak merajuk nak berjauh hati nak bawak diri kekonon. tak tahulah. mungkin faktor usia.. maklumlah nak memasuki alam remaja nih, senstipp je jiwa ai sekarang... ohh!!... perlukan ai minum susu enlin... **motippp**

tapi walaumacamanapun kak bada tu tetaplah kotegori ponen gatai cekpik...
merajuk pun dengan diri sendiri je macam makan hati sebab dia lupakan kak bada masa dia dok kat sana... merajuklah kononnya kan.

baiklah. tak sempat merajuk pun sebenarnya, baru je rancang nak merajuk ke tak nak, nak merajuk ke tak nak, nak mintak cerai ke tak nak, nak mintak cerai ke taknak pastu tetiba je pagi tadi dia tepon macam nak ajak ai teman kan dia keluar...

ai pun serta merta "OKEYY!!"... dengan muka bercahaya, mata bercahaya terus lupa pasal popia, pasal merajuk dgn pasal nak mintak cerai... gatai cek pik ko kan.... gatai cek pikkkkkkkk...
-okey... mari kita lempang kak bada secara berjemaah sekarang-... ponen ayam tua gatai cekpik..

haaaaa...
sebut pasal siang tadi kak bada keluar merayap dengan si betis besar sexi tu, tetiba ai rasa macam terpanggil untuk ajar semua perempuan di luar sana bagaimana untuk tukar tayar. sebabnya, kat hiway tadi tayar kete dia pancit.. jadi ber'dating'lah kitorang kat tepi hiway disaksikan pengunjung-pengunjung hiway yang lalu lalang, lalu macam lalang... iyelah. pengalaman indah yang ngeri... atau pun pengalaman ngeri yang indah...

Walaupun perempuan never ever akan tukar tayar sendiri kalau ada kehadiran lelaki sekali, dan even kalau takde lelaki sekali pun, still never ever tukar sendiri sebab akan jadi mengada gedik dan terus call siapa-siapa (kebarangkalian tinggi jantina lelaki juga) untuk datang dan tolong. Tapi still, haruslah belajar menjadi independent woman. Kalau taknak belajar kerja lelaki, takyah sibuk minta hak sama rata apa jadah. pahammmm ko pompuan...

ponen-ponen pun terlibat samalah. walaupun selalu nak tunjuk sifat semula jadi yang sopan santun, ayu lemah gemalai... tapi sesekali kena tunjuk jugak sifat-sifat semulajadi dari sisi yang lain pulak. yang gagah perkasa, body sasa bersama sixpax kat perut... jangan malu-malu meningsing lengan baju menunjuk urat-urat biru hijau yang berselirat kat lengan uolss tu.. uolls pun kena belajar cabut & tukar tayar kereta jugak tau... ni kalau bab cabut & tukar seluar shuami bukan main pakar lagi nih. tak sedar masa bila bukak kancing, bukak zip.. tetiba je dah selesai.. memang handal... biasa dia nih..

Walaupun ai sendiri pun takde lesen dan tak pernah drive sendirian... okey, penah jugak bawak sendiri sampai ke rumah arwah pak sarip kat hujung simpang nuh.

tapi telah dibaling ke dalam situasi di mana tayar kereta pancit, yang mana yang melibat dalam kejadian kali ini ialah sibetis besar sexi dah diri ku ini sendiri. Sudah tentulah yang memainkan watak utama sebagai pencabut tukar tayar tu, si betis besar sexi tersebut yang dibantu oleh si backup vokal iaitu ai yang tolong sikit-sikit mana yang patut dan mampu... tapi yang lebih banyaknya hanya 'tolong pandang je' sambil-sambil mengusha mat-mat motor yang lalu lalang kat situ...

Namun nasib tidak selalu menyebelahi diri kita kan.. mungkin satu masa ai akan pandu sendiri kereta kat hiway sebab hujung tahun ni dah stat nak ambik lesen. pastu tetiba je terjadi lagi kejadian tayar pancit, haha... kebetulan pulah kredit habis ke, bateri hanpone kong ke... so, yang akhirnya mencampak diri dalam situasi kena tukar seniri tayar kete... jadi apa kata kalau kita sama-sama belajar menukarnya...

Jadi kini ai akan ajar langkah senang nak tukar tayar. Sematkan dalam hati, nanti suami uolss balik, uolss dah boleh berlagak - ai dah pandai tukar tayar.
Suami: Eh bila tayar you pancit?
Isteri: Tak lah, ai belajar kat belog kak bada.... Hoh.


Mari Belajar Cara Tukar Tayar!


1. Langkah pertama, uolss perlukan tayar yang pancit. kalau tak de tayar pancit tidak perlulah uolss bersusah payah nak tukar. Ini bukan macam spender nak kena tukar selalu. atau pun macam kak ayu yang selalu tukar laki macam tukar baju ya.

Untuk mendapatkan tayar yang pancit, uolss bolehlah ikhtiar sendiri.. contohnya menyusun papan yang terpacak paku tertegak ke atas di atas jalanraya dan gelekkan tayar kereta ke atasnya. Atau pun lagi satu cara untuk pancitkan tayar ialah jadi seorang guru dan buat anak murid bengang. hahah, kalau bernasib baik uolss akan dapt pekej lengkap bukan semata-mata tayar kena pancit, dengan dinding-dinding kreta sekali dapat habuan calar balar.... Boleh cuba juga kalau berani.





2. Langkah dua, setelah dapat bentuk tayar yang diidamkan, uolss perlukan Jack dan juga Jill. Keropok untuk makan sambil tengok suami uolss tukar tayar. Kalau takde suami, uolss perlukan jack sahaja.




3. Langkah ketiga, loggarkan skru pada bahagian tayar dulu (guna wheel brace), kemudian masukkan jack bawah kereta berdekat dengan tayar. Pusing batang jack tuh clockwise supaya kereta ternaik. Kena estimate ketinggian sehingga uolss rasa, tayar baru (yang bulat dan penuh angin) muat untuk direplace.





4. Langkah empat, buka terus semua skru dan keluarkan tayar. Ambil tayar spare dan pasang.




5. Langkah lima, untuk memasang tayar spare uolss perlukan pertolongan orang lain... tapi kalau sorang-sorang pun tak jadi masalah jugak, tapi uolss kena bersenamlah kat situ sorang2 sebab nak kena balance tayar dan pada masa yang sama nak kena ketatkan skru. Gigih.


6. Langkah 6, dah habis ketatkan skru, maka habislah proses pemasangan tayar.
Tapi jangan eksaited sangat sampai tak sabar-sabar terus drive nak belah dari situ sebab tak sabar-sabar nak melupakan kenangan pahit dan tak sabar-sabar jugak nak lupakan tempat jatuh lagikan dikenang apatah lagi tempat tukar tayar kereta.
Ingat, uolss kena cabutkan jack dan simpan peralatan dulu. Selesai semua, make your way to the nearest kedai tayar untuk beli tayar baru atau tampal tayar.


7. Langkah 7, bolehlah uolss open table dengan geng-geng ponen yang lain sambil gebang pergh aku dah boleh tukar tayar kereta sendiri pergh pergh dah tak perlukan cik jants dalam hidup perghh


Nota tambahan:
Warning! Bila tayar pancit, jangan cuak, drive slow-slow ke bahu jalan. Bahaya sebenarnya duduk melepak kat bahu jalan, tapi kalau duduk melepak kat tengah jalan adalah lebih bahaya lagi melainkan kalau uolss memang dah tak sayang nyawa pastu sebenarnya dalam perjalanan nak bunuh diri kat jambatan, tetiba tak jadi sebab tayar pancit....

kalau dah duduk kat bahu jalan yang aga-agak macam dah selamat, uolss kena letak menatang apa ke jadah ntah nama dia yang bentuk tiga segi merah reflect cahaya tuh sejauh 50 meter dari belakang kereta uolssa. Kalau takde benda tuh, gunalah dahan2 pokok ya.

Memang pengalaman antara hidup dan mati duduk tepi kereta dekat bahu lebuhraya yang ruang dia agak sempit. kumat-kamit mulut berselawat bersyahadah sambil cabut skru tayar. Tapi takpe sebab ai ada sama-sama dengan yu... kalau kena kita sama-sama kena kan.. cinta sehidup semati gitulah kononnya....
**jom sama-sama kita lempang muka kak bada sekali lagi**

okeylah.. sekian sahaja sesi pembelajaran cara-cara nak cabut dan tukar tayar kereta kali nih... kalau ada masa, nanti ai ajarkan cara nak cabut dan tukarkan seluar laki@shuami pulak ya.... eerrrr.. tapi uols dah handal bab tu kan???...

No comments: