Hah! dpt cuti panjang lagi... sempena raya cina, opis bagi cuti stat ari kamis sampai ahad... tp atas sebab2 tertentu aku mintak sari lg. sampai senin lah... so, lima hari.
Malam tu, nel hantar sms suruh beli lilin wangi kat ikea... tak tahulah. bilik dia bau busuk kot. bilik aku wangi tau. sebab tu tak payah pakai lilin wangi ni... baju-baju yg tak basuh lagi yg berlonggok kat kaki katil turut menyumbang bau wangi kepada bilik aku. betulll... memang wangi.
rentetan dri peristiwa itu, nel ajak aku joint balik ngan dia sekali esok...(hari stat cuti tulah)
nel hantar sms tunggu kat petronas besar kat karak hiway... dia dr janda baik. aku bangun lambat jugak hari tu. pukul 11 pg baru stat betolak. ingat nak tunggu lagi. tapi takut hari makin panas. panas-panas cair pulak aku nanti - akukan puteri lilin.
jln jem giler2 punya... stat dr mrr2 smpai keluar terowong genting sempah... mujor naik moto blhlah mencelah-celah - macam minah rempit tauu.... rasa sonok jer boleh pintas sebijik-demi-sebjik kete yg bersusun-susun sedang bergerak cam siput tu... padan muka. sape suruh naik kete (dgn wajah riak)
nel aku jumpa kat petronas yg dijanjikan pastu kami geraklah....
gerak, gerak, gerak, gerak... kejap laju, kejap slow, laju balik, slow balik... melintas lah mat-mat motor dgn motor-motor mereka yg berkuasa tinggi ... VVVROOOMMMMMMMMM... lintas aku sebijik demi sebijik. aku terus berangan kalaulah aku dpt naik moto duduk kat belakang mat-mat moto tu... ahhh!!! betapa bangganya... lepas tu sampai kat umah, parking depan umah pokta... musti terbeliak bijik mata dia... sambil hatinya berkata-kata "Cis... anak pokwey ni tak guna. Dapat pakwe moto besar. sepatutnya pakwe-pakwe tu dpt kat anak aku... zubaidah pokta tu."
sampai kat hentian lancang aku benti kejap. nak kencing.
pastu gerak lagi.... dan... dan... dan.... stat dari situlah bermulalah satu lagi episod kisah ngeri dlam sejarah idup aku. nak tahu nape???... motor aku... pancit!!!! tayar bocor!!!! Waaaaaaaaaaaaaaa---
dan seterusnya, aku pun mulalah bergerak pd kelajuan 30km/j... lajukan? rasa macam naik kuda yg sedang sakit sendi lutut. deguk-deguk-deguk-deguk-deguk-deguk-deguk-deguk... tersenguk-sengguk, letih nokk. lenguhnya tuhan je yg tau...
pastu adalah org peronda hiway kat on d way tu... aku pun try2lah tanya kat dia, kot-kot ada tiub tayar moto. dia jawab tak de. pastu dia suruh bawak motor slow-slow sampai temeloh --- kureng asem. buat penat aku tanya je. buang suara jer. dia tak tahu, suara nilah yg akan aku gunakan untk audition AF6 nanti. nak audition bukan nak jadi peserta tau. tapi nak ganti tempat aznil tu. blh gituu....
seterusnya perjalanan diteruskan dgn penuh penderitaan.... then melintaslah lagi mat-mat motor besar beberapa buah. aku hanya mampu tersenyum sambil melambai-lambai tangan persis seorang ratu dunia - gituuuu...
akhirnya sampai jugak kat susur keluar temerloh. dekat simpang masuk tu.... tetiba jer aku jadi segar dari kepenatan aku, kerana di situ berdirilah satu mamat motor... di samping motornya yg besar dan power itu yg bewarna itam. makin dekat, makin dekat. dia pakai satu set pakaian kulit kaler itam. helmet itam, cermin mata itam.
dia nampaknya mcm tgh tunggu sesuatu kat situ. mungkin tgh tunggu kawan2 dia yg tercicir. atau mungkin jugak dia yg dah tercicir. atau boleh jadi jugak dia sedang tunggu aku... hikhikhik. sebab masa dia lintas aku tadi, dia kesian tgk penderitaan aku naik kuda sakit lutut tu, lalu hatinya berkata-kata "wah! sungguh jelita puteri lilin itu menunggang kuda..." dan telah membuahkan benih-benih cinta di hatinya.. tapi, lepas dia jumpa aku kat situ dia plak yg tersipu-sipu kemalu-maluan hikhikhik (berangan adalah perkara yg paling seronok sekali dlm dunia ni)
atau pun tayar motor dia jugak tgh dok pancit mcm motor aku... so, dia berdiri kat situ cuba-cuba mengorat sape yg patut utk dia tumpang... bahagian muka dia tutup dgn kain sapu tgn... so, aku tak tahulah dia mcmana rupanya... tapi aku tetap membayangkan dia seorg yg ensemmmm.... aku dgn penuh perasaan yg sedang menahan malu pun senyumlah kat dia. - pastu dia balas dgn angkat tgn dia kat aku - wahhhhh!!!! teruja mak, nokkkk!!!! aku tak tahu dia senyum ke tak. tak nampak. tapi aku tetap membayangkan dia senyum kat aku... masa tulah aku rasa macam bersemangat balik... hilang kejap rasa penat aku akibat menunggang kuda yg sakit lutut itu... nel kat belakang aku musti dia jeles... mamat ensem tu (ensem kee) angkat tangan dia kat aku....
dan aku pun bergerak lagi... akhirnya sampai jugak kat sebuah bengkel kat jln songsang. risau sgt aku. sebb ari tu ari raya cina. wokshop kat situ plak semua milik cina. tapi peliknya, wokshop yg aku jumpa tu pun memang milik cina - Tak raya ke dia ni? memanglah cina ni kalau bab duit, over sikit. ari raya pun bukak kedai.... (eh, byk komen plak. mujor org tu bukak wokshop dia. kalau tak, meraunglah aku kat situ) aku tukar tiub kat situ. bukan takat tu ajer... dgn tayar-tayar sekali aku tukar. huh! padan muka, sape suruh bocor... dah abis aku tukar... mujor aku tak tukar motor baru terus....
aduhhh... ngeri sungguh pengalaman hari ini....