iklan.. rajin-rajin lah klik kat sini ya

Wednesday, December 1, 2010

Karuke malam raya (episod 1)

Citer karuke lagi...

okeh! sepatutnya cerita yg ni dah diceritakan masa hari tu lagi dah.. sebab kisah ni berlangsung masa raya haji hari tu.. tapi disebabkan cerita kali ni perlu dihiasi jugak dengan gambar-gambar hiasan wanita-wanita cantik.. dan gambar-gambar wanita cantik itu pulak hanya boleh dimiliki setelah pemilik camera yang juga salah seorang dari wanita cantik yang terlibat yakni dekja ketika dia betul-betul free... jadi.. baru lah sekarang cerita ni dapat Ai sampaikan kat yu.. sebabnya dekja dah free... dan cameranya dia dah bagi ai utk uploadkan gambar-gambar yang terlibat dalam lappy milik Ai nihh... errrr, bukan milik Aini.. Milik Ai... milik aku... **okey-okey jgn over orang dah paham dah**...

Jadi disebabkan memori aku terhadap cerita yg akan aku sampaikan ni dah makin pudar terperosok dekat fail memory yg paling hujungggggg sekali sebab dah lama pun ia berlalu... mungkin akan ada antara cerita-cerita yang bakal kau baca lepas ni telah ditokok tambah bahan perisa, gula garam, ajinomoto dan juga serbuk lada sulah pada kadar yang secukup rasa.. okey, aku janji hanya secukup rasa jelah. kalau kau nak tambah mayonis lebih boleh lah ko cakap masa order... err

Baiklah...
Aku pun tak tahu hal yang sebenarnya samada kak ayu hidayat tu memang ada skandal dengan boss ke, hape ke sampai membuatkan aku jeles *sikit jelah* pasal dia dapat cuti raya haji baru ni agak lama jugak... lama jugaklah kalau nak bandingkan dengan aku dan dengan puad yang dapat cuti sari je, pastu kena isi borang mohon cuti tahunan tambah sehari lagi bagi jadi 2 hari supaya boleh beraya di raya pertama dan raya ke 2... Kak Uma apatah lagi sebab pagi-pagi buta raya ke2 dah kena balik kolumpa semula dah sebab dah kerja... dia takpe, sebab dah dicutikan dulu dah beberapa hari sebelum raya tu...

tapi anak wak sorep yang berbetis besar sexi tu pun dapat cuti agak lama jugak...
apakah ini bermakna dia jugak ada skandal dgn boss...
ehh!! janganlahhhh...
janganlah nak kacau bilaukan fikiran aku macam tu... dia tak.. dia baik.. dia setia pada yang 1 iaitu aku...
**okehhh diam kau pondan perasan**

Oh ya lupa nak bagitahu, raya haji tahun ni... kita-kita nih dikunjungi oleh tetamu jawa yang nak merasa macamana gayanya beraya kat sinih kan... sepupu kak ayu je pun... tak payahlah korang muka teruja sangat walaupun dia memang pompuan cantik ala-ala Linda On...
dan ada jugak sorang lagi sepupu kak ayu beraya kat sinih dan nampak gayanya macam nak menetap kat sinih terus...

perut dia,, uihhhh... sexi U... gulp! gulp! dekja tertelan air liur... walaupun rupa parasnya yang agak ala-ala gitu, tapi taklah teruk mana sangat... dan kak ayu kata perangai dia tak berapa nak senonoh suka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lembu-lembu korban sempena raya haji... tapi kehadirannya di muka pintu rumah jemi dengan tidak berbaju menayangkan perut sexi serta-merta bisa mengaburi mata terhadap kekurangan-kekurangan lain yang diceritakan terhadapnya...
dah! dah! dah!!!!... jangan nak merepek meraban citer pasal cik jants pulak kat sini ya walaupun perut dia memang kempis sexi...

Kak hayu yang mengkhabarkan akan balik masa sebelum raya bersama cik julia terus menjadi objek 'kepulangan yang dinanti' di hari sebelun hari raya itu sambil-sambil berborak mengumpat dengan Uma Verta kat tangga rumah dia, sambil-sambil anak mata dok mengekor je sepupu kak Hayu hidayat keluar-masuk-keluar-masuk rumah jemi dengan tak berbaju menayang perut...
ok cukup..

walaupun setelah penat ditunggu-tunggu, objek 'kepulangan yang dinanti tu', bermula dari hari sebelum raya tapi tak jugak sampai-sampai objek tersebut.. sesat ke hape pompuan rambut kobis tu..
tapi dek kerana seronok berbual sembang ngumpat dengan Uma Verta yang dah lama jugak tak jumpa, sambil-sambil menunggu sambil mengusha sepupu kak ayu perut sexi, rupanya tanpa sedar kami telah menunggu begitu lama sehinggalah tengahari hari raya (iaitu keesokan harinya)... barulah kak ayu hidayat itu tiba.. dengan selamat... dan sihat... dan sempurna sifat tak ada anggota badan yang tertinggal atau pun tercicir merata-rata...

dan marilah kita tanamkan sifat malas bercerita tentang perihal raya kat rumah uma berta kerana dia begitu bergembira teruja sampai terbesar-besar dan cerah bijik matanya melayan kehadiran lakinya (opssssss)... @ skandalnya pada satu masa dulu. sehinggalah dia melupakan kehadiran watak-watak rakannya yang berada di sekeliling, apatah lagi watak cik julia yang datang dari kejauhan nak beraya kat sana...
tapi tak apa...
kami semua memang faham perasaan bahagia hati perempuan yang hidup berjauhan dengan shuami tercinta, tiba-tiba owh!! dapat bertemu di hari yang mulia hari raya... tacing macam lagu kepulangan yang dinanti.. walaupun watak untuk objek 'kepulangan yg dinanti tu' telah diberi kepada kak ayu hidayat - si wanita berambut kobiss...
tapi takpe.. tak pe.. aku paham sebab aku pun lalui hal yang sama jugak pada hari raya itu... Oh!!

ehhh!! aku malas lah nak tulis panjang-panjang nih **sape yang suruh ko tulis panjang?** sebabnya cerita ni dah berminggu-minggu berlalu jadi aku dah lupa jalan ceritanya secara teratur...
jomlah kita buat kronologi cerita secara terus... atau buat sinopsis je... buleh kan...

baiklah kita terus ke kronologi cerita ikut point ya....

- ntah pukul berapa - ketibaan watak-watak tak utama - beberapa orang wanita jadian terus menuju ke rumah kak ayu hidayat dengan tujuan nak raya - watak ni datang dari rumah sero.. adik ipar sero ke hape ntah hubungannya dengan sero...

-kak ayu hidayat, aku dan cik julia dan fuad terus ke rumah kak ayu hidayat sebab nak meraikan watak-watak wanita jadian yang tiba-tiba muncul tanpa diduga-

-di hidangkan dengan potongan-potongan jambu batu bersama serbuk asam boi resepi ciptaan mijah yang omaigod sedap sampai aku lupa ntah berapa potong aku makan - dihidangkan juga dengan soto wak ju @ ucu yang memang terkenal sedap - tapi takde sape nak hidang so kalau nak makan kena pegi ambik sendiri kat dapur.

- dekja takde kena hantar daging korban ke merata-rata tempat... tapi muncul jugak akhirnya dengan keadaan yang tak ada rupa orang nak beraya langsung.. samaada dia rasa raya haji memang tak ada kepentingan sangat atau pun dia memang lupa hari tu hari raya...

- makan, makan, makan, mngumpat, makan, mengumpat, mengumpat, makan makan ketupat..

- baby - salah seorang wanita jadian yang muncul tiba-tiba bagi cadangan nak karuke - kat jerantut - ok fine - giler jauh nak nyanyi di hari raya - kalau dekat-dekat sikit apa salahnya - jadi cadangan tersebut macam tak berapa nak diterima pakai oleh otak...

- tiada sebarang keputusan rasmi dibuat terhadap cadangan itu. hanya keputusan tak rasmi - aku? okeh... engkau? okeh...

- majlis bersurai tanpa sebarang keputusan rasmi yang muktamad.. keputusan rasmi tak muktamad pun takde jugak.

- jawapan masih dibiar tergantung-gantung sampai ke petang pegi beraya kat rumah aku pulak.

- kak ayu hidayat macam takde semangat pasal sakit gusi, gigi bongsu baru nak tumbuh ke hape ntah - membuatkan harapan untuk karuke ke jerantut makin pudar sinarannya.

- tetiba ada berita menerujakan si betis besar sexi, anak wak sorep nak datang hantar daging rusa mintak tolong siang dan buat rencah-rencah sebab nak di BBQ kan - terus niat untuk memenuhi undangan karuke ke jerantut bagaikan mencurahkan air ke daun keladi (relevant tak peribahasa nih)

- keputusan lain pulak di buat - rancangan lain pulak direka cipta - kansel jerantut - pegi bandar pusat je....

- tunggulah apa akan terjadi ya, diepisod seterusnya - aku dah penat menaip tengah-tengah malam buta ni - dah ngantuk campur pening kepala - so better stop dulu...


- kalau nak tahu apa yang jadi pada rancangan karuke malam raya kami... nantikan kami diepisod seterusnya - karuke malam raya episod ke dua - lebih menarik bersama gambar-gambar bukti dan lain-lain lagi....

okehhh... besambung...

1 comment:

Anonymous said...

kenape blog semakin layu...