iklan.. rajin-rajin lah klik kat sini ya

Sunday, February 17, 2008

ini cerita semalam...

Sabtu... mcm biasa, bgun lambat. tapi ntah ngape ari ni bagun awal plak. pkul 11 pg aku dah bangun (pukul 11 - awal pale hotak hang)

pegi one utama - jaya jusco dgn alasan nak cari kasut baru. malangnya tak ada sale lagi. so, tak jadi belilah. tunggu sale dululah nampak gayanya... tak de apa nak buat aku pun ronda-ronda one utama seorang diri... bila sampai je kat tgv... tetiba jer aku pun tanpa disedari pergi beratur sama dgn ramai-ramai lagi org lain yg sedang beratur jugak nak beli tiket wayang... tak pasal-pasal, aku kena tgk wayang jugak... citer 'jumper'. best jugak. aku cadangkan engkorang pergi tgk. kalau tak pun beli jer, cd atau dvd cetak rompak. sebab citer dia memang best.

ni... dah masuk panggung dah. dgn confidennya tanpa menoleh ke kiri dan kanan. berbekalkan cahaya malap yg ada, carilah nombor pada kerusi mengikut nombor yg tertera kat tiket. dah jumpa... aku duduklah. skrin masih siarkan iklan. citer tak stat lagi... tetiba dtg satu amoi... dgn kawan dia, amoi jugak dgn satu balak cina yg tak ensem..
"ekskius me? ni... sit nombor 17 kan?" 
aku hangguk. pastu dia tunjuk tiket dia pun nombor 17 jugak... aik.. pelik nih...
lepas tu... amoi tu tgk kat tiket aku plak...
"Eh! u punya panggung no 7lah. ni panggung no 6...."....
hah?? alamak... malunya.
dgn wajah yg tgh dikontrol keayuannya... aku pun laju jer keluar. hai... mujorlah gelap. org tak nampak. nasib baik aku tak bertekak dulu dgn amoi tu tadi... buat malu je... hishhh...

ni pun dalam panggung jugak. aku dah duduk di seat aku. tetiba jer kat depan aku, aku terperasan satu mamat yg ensem... dan putih... macam mix gitu muka dia. rambut panjang paras bahu. serta merta tumpuan aku terus terarah dekat mamat tu... hishh!! mak tak suka tau, kalau dlm panggung kena dudk dekat mamat ensem. jadi hilang tumpuan dekat citer... tapi dok tumpu kat mamat tu plak. kalau takat nak tgk jantan, tak yah beli tiket berharga 9 hengget pun tak apa. kat luar tu brsepah-sepah... sebelah mamat tu... ada satu minah. rambut pendek jer. rambut mamat tu lagi panjang. mesra sungguh. saje nak bagi aku jeleslah tu... aku pun jadi malas dah nak pandang mamat tu... tapi bila minah tu terpaling ke belakang sekali... aku terkejut. bukan minahlah... tapi mamat jugak. tapi taklah ensem mana sangat. dlm tu gelap sikit. so, aku tak jangka pulak yg tu pun jantan jugak.... tak kisahlah... tp, yg dok bermesra-mesra tu... apa hal????.... kuang-kuang-kuang.... ha. sape nak jawab tu?
Pastu bila time citer dah abis... kedua-dua mamat ni pun keluarlah. aku ikut kot belakang... mamat yg mula-mula aku ckap ensem tadi tu plak yg lebih-lebih lenggangnya... ensem, tapi jln lenggang... kuang-kuang-kuang.

aku terus pegi tesco... masih dgn alasan nak cari kasut baru. kasut kat tesco lebih murah walaupun takde sale... pegi bahagian kasut. jumpalah kasut dan aku berkenan. lawa dan tak mahal mana. trylah nak pakai... tak muat plak... tak guna punya tesco. kasut saiz kaki aku tak ada plak dia jual. paling besar saiz 41... saiz 42 tak ada. tensen... tensen....
nasihat utk hari ini. pada anda-anda yg memiliki masalah berkaki besar atau istilah mudahnya 'kitok'... jgnlah cuba-cuba mencari kasut di tesco... hentikanlah niat suci itu sekiranya ada.

keluar tesco, aku bersiar-siar plak kat ikano. tetiba jer rasa nak kencing. so carilah tandas... dah jumpa tu, aku masuklah sebab dah tak tahan. tak ada org. yg ada cuma seorg tukang cuci yg tgh cuci kat dlm tandas. so, dia pun tak pasanlah aku dah masuk.... peliknya, tukang cuci tu pompuan. tertongeng-tongeng tgh cuci. aku pun terfikir... 'ngape tak pakai tukang cuci jantan. pompuan ni tak takut kena rogol ke?' tgh dok kencing tu, aku mula rasa tak sedap ati... siap jer aku terus melulu keluar. pencuci tu tetap jugak tak sedar... aku tgk kat pintu. tertampal gambar manusia pakai skirt kembang.... hah??? hehehehe.... tandas pompuan la... mujor tak ada org. kalau tak, tak pasal-pasal aku pulak yg kena rogol. aku ni, walaupun pompuan, tapi tetap dilarang masuk tandas pompuan... maklumlah. aku ni pompuan mutan.

pegi ikea... nak beli tanglung yg macam aku biasa beli. nak penuhkan koleksi, biar masa raya ni lagi meriah rumah aku dgn tanglung ikea.  dah siap pilih... pegilah bayar... tetiba cashier tu tegur "ni cermin dia dah tercabut ni."
hah?? aku pun tgk. memang betul cermin tercabut. mujor mamat tu tegur.... kakalau tak, tak pasal-pasal jer ikea tu kena sumapah seranah dgn aku.... so, aku pun segera tukar...
nasihat.... kalau nak beli tanglung kat ikea, baiklah cek dulu cermin dia. al maklumlah. benda tu pun bukannya murah... 

keluar nak balik... bertemulah dgn ako mustapa, dgn awek dia. jln sambil paut lengan. tak kisah pun. sebab aku tak minat kat dia ni...
itulah sinopsis utk hari semalam.....

No comments: