
Cerita dulu-dulu...
Kisahnya - kisah hidup kitorang (aku, ayu@ajib, Dek ja, Sola, Nani, kri@juli) masa dulu-dulu mcam nilah ya... tiap-tiap petang lepas tamat waktu sekolah atau pun hari-hari cuti, kitorg suka melepak kat kedai runcit depan rumah sola. Kedai tu memang milik sola. (tapi kedai tu dah tak ada, walaupun bangunan kedai tu masih ada. Atas sebab-sebab teknikal, dah jadi stor dah dekat situ)
Masa ni muka dekja byk sgt jerawat tau... tapi sekarang dekja dah jelita. ajib pulak masa tu tgh gilakan anak pak cik tat. Sola pulak tgh mabuk cinta dgn pak cik rashid... kitorg panggil dia P'Rash... ha, macam nama nustan gituuu... aku tak ada apa-apa. almaklumlah budak baik. tak suka cinta-cinta monyet ni walaupun aku teringin nak bela monyet.
kat kedai ni segala aktiviti kitrg berlangsung. Seperti menjadi recording artis, kat sinilah album kami di rekodkan. Cuma tak jual kat pasaran je. kalau jual garenti laku juta-juta mencecah pasaran dunia global... Kat sini aktiviti modelling kami bergerak. nasha aziz,,, tyra bank, naomi cambel, semuanya ada kat sini. aktiviti lakonan jugak berlangsung kat sini. selain itu, aktiviti utama kami tentunyalah aktiviti2 org2 pompuan, seperti mengumpat dan gosip-menggosip.
Kisahnya - Sola ni kat kedai dia, dialah chasier... dia ada sebijik radio kecik yg pesen lama punya. yg boleh pasang tape sahaja tu. Bestnya radio ni, dia boleh buat rakam suara. So, dari sinilah bermulanya perjalanan hidup kami sebagai artis rakaman. Satu hari tu kitrng ramai-ramai memekak menyanyi kat sini. Dan aktiviti ini tentunya di rakam di radio/kaset player milik sola tu. Ingat lagi, kitorang masa tu nyanyi lagi 'cinta di akhir garisan' duet ramai-ramai. Ziana, Nora, Desi fitri, Ning.. semua ada kat situ... pastu siap rakam lagu tu, kitng rakam pulak lagu halaman asmara... tentunya Awi dgn ziana zain yg nyanyikan.dan macam lagu lagi. Best sgt tau suara kitorang... aku rasa makngah depan rumah sola tu, masa dia dgr kitorg nyanyi tu mesti dia terpesona dan terpana seketika.... mesti dia kata "Wah... Ziana zain dan rakan-rakannya telah menziarahi rumah mok 'oh... dan buat konsert free pulak kat situ"... comfirm dia memang jeleslah. suara dia bukan best. suara liya pun tak best...
Kisahnya - Satu hari tu, P'Rash si boy friend Sola ajak kami pergi bersiar-siar dgn pajero milik pok long husin. Pajero kaler kuning dia tu... dia tanya kitrng nak pergi cerating ke nak pergi genting... aku pikir, biar btul laki sola ni. nak bawak sola pegi honey moon kot. Kitrg saje-saje jawab nak pergi genting. Ha, dia betul-betul bawak kitrg pergi genting tau... best sgt. untung sola dpt laki mcm gitu... heheh...
**sekadar nak meyampuk** - Artis yang hensem tu rupa-rupanya artis singapore nama dia Hadi Myrza . Dah lama aku syok kat dia***
Apa lagi ya kisah-kisah dulu. Byk tau. Semua berlangsung kat rumah Sola. Tempat mesyuarat persatuan wanita-wanita berbelalai daerah jengka. Satu lagi, bila mok 'oh dgn pok long husin tak ada... rumah dialah jadi port kitorg nonton cerita blue... hehe....
Ok bye... nanti sambung lagi ok...
2 comments:
amboi..pandainyaer k.bada..muka dia sensored..muka orng lain published.....
kak bada muka dia tak cantik sgt... tak bolehlah nak xpose sgtkan... lagipun kak bada low profile... tak suka glamer2... maklumlah pompuan melayu terakir
Post a Comment